Bagi mencetuskan minat kepada seni mempertahankan diri di Malaysia, Sekolah Menengah Dato' Syed Omar, Alor Setar, Kedah telah berjaya menganjurkan 'Himpunan Gerak Seni Pertahanan Diri' sehingga berjaya memecahkan rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR).
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Abd Aziz Selaiman berkata, beliau berbangga dengan inisiatif yang diambil oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu yang berjaya menganjurkan program itu sehingga dapat menghimpunkan seramai 2,681 ahli-ahli seni mempertahankan diri pelbagai kaum di Malaysia.
Katanya, ianya merupakan satu kolabrasi yang menarik sehingga ia dapat mencetuskan perpaduan antara kaum di negara kita.
"Jadi asas kepada program ini adalah menjelmakan satu terhadap minat seni mempertahankan diri semua kaum. Ada seni silat Melayu, seni bela diri Cina, India, serta karate dan juga taekwondo dari Korea.
"Asasnya ialah nilai mempertahankan diri merupakan satu akviti yang sihat dan menyihatkan dan kita boleh gunakan satu aktiviti yang merapatkan perpaduan antara kaum. Kita memberi penekanan di antara PIBG dengan sekolah, komuniti dengan sekolah, dan ini telah berlaku.
"Tahniah dan syabas kepada PIBG yang mencetuskan idea ni, memang ini yang kementerian sedang galakkan, dan aktiviti sokongan ini kita sangat raikan," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.
Wakil MBR, Hafizi Hamdan yang turut hadir bagi menyampaikan sijil berkata, program seperti itu amat digalakkan oleh Malaysia Book of Records kerana ianya menghimpunkan pelbagai budaya seni pada masa yang sama.
Katanya, rekod 2,681 orang ahli telah berjaya menyaingi rekod sebelum ini iaitu seramai 1,600 ahli persatuan seni bela diri.
"Program yang dijalankan di SM Dato' Syed Omar adalah satu yang amat digalakkan Malaysia Book of Records kerana ia memperkenalkan seni mempertahankan diri yang ada di Malaysia.
"Untuk rekod, sebelum ini program seperti ini pernah dianjurkan oleh sebuah institusi di Malaysia melibatkan seramai 1,600 orang, dan sekarang pihak sekolah telah berjaya memecahkan rekod seramai 2,681 orang," katanya lagi.
Himpunan yang julung kalinya dianjurkan oleh sebuah sekolah di Kedah itu, turut disaksikan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Sementara itu, Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) telah berjaya menghantar seramai 500 pesilat dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang bagi menjayakan program terbabit.
Guru Silat PSSGM, Shahirah Kartini Meor Abd Rahman berkata, beliau sangat teruja kerana beliau dan mahaguru serta anak-anak muridnya dapat hadir bagi menjayakan program tersebut.
"Alhamdullilah, pada hari ini kami daripada Gayong Malaysia Kedah, Perlis dan juga daripada Pulau Pinang dan guru utama Datuk Shazali Meor Abd Rahman.
"Pada hari ini kami daripada Gayong Malaysia PSSGM anggaran seramai hampir 500 peserta, alhamdullilah untuk sama-sama sokong pada majlis MBR yang dianjurkan oleh SMKDSO," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Mar 12 2019
Seramai 2,681 peserta menyertai Himpunan Gerak Seni Pertahanan Diri bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Omar hari ini. - Foto BERNAMA
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
Protests against Israel’s assault on Gaza have spread from Columbia and Yale to other universities in the U.S. as officials scramble to defuse a growing protest movement.
Helikopter AW139 kali pertama digunakan untuk lintas hormat - Mohamed Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata helikopter Skuadron 503 berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah itu mula digunakan sejak 2021.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
Himpunan seni bela diri catat rekod Malaysia Book of Records
Sekolah Menengah Dato' Syed Omar, Alor Setar, Kedah telah berjaya menganjurkan 'Himpunan Gerak Seni Pertahanan Diri' sehingga berjaya memecahkan rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR).