Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menghormati pendirian Datuk Seri Jailani Johari yang meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu.
Beliau yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir berkata keputusan itu adalah hak peribadi Jailani tanpa sebarang paksaan.
Mengenai desakan Johari supaya beliau turut mengundurkan diri juga adalah hak Johari dalam melahirkan pendapat berhubung kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) namun memutuskan tidak akan berbuat demikian ketika ini.
"BN Terengganu sedang melakukan bedah siasat berkenaan perkara tersebut dan ia tentunya akan mencapai kata putus tidak lama lagi.
Namun buat masa ini, mengundurkan diri daripada tanggungjawab memulihkan parti secara tergesa-gesa bukanlah tindakan tepat apatah lagi semua pihak berada dalam keadaan getir dan perlu bersama-sama menggalas tanggungjawap kerana masih ada rakyat yang menyokong serta memilih BN," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Ahmad Razif yang merupakan bekas Menteri Besar Terengganu turut menyeru supaya anggota yang masih setia untuk terus bersama-sama menharungi cabaran mendatang.
"Marilah kita sama-sama harungi detik mencabar ini tetapi jika terdapat desakan berterusan daripada anggota parti supaya saya mengundurkan diri, biarlah ia dibuat dengan cara istiqomah seiring semangat berpasukan yang sentiasa bersama di saat suka dan duka," katanya.
Sementara itu Anggota Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid mendakwa tindakan Jailani yang mendesak Ahmad Razif meletak jawatan tidak ubah seperti meludah ke langit.
"Oleh itu, tidak adil meminta supaya Ahmad Razif menanggung semua beban kekalahan parti kerana sebagai timbalan (Jailani) dia juga memikul tanggungjawab besar untuk memantap dan memperkukuhkan jentera BN bukan sahaja di Hulu Terengganu tetapi seluruh negeri," katanya.
Jailani yang juga bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia menyuarakan desakan itu selepas mengumumkan pengundurannya sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu dan Ketua Bahagian UMNO Hulu Terengganu pada Mesyuarat Berkelompok dan Sayap UMNO semalam.
Namun begitu, nada berbeza diutarakan oleh bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Ajil), Ghazali Taib yang menganggap bahawa Jailani mempunyai hak sebagai ahli yang bebas untuk mengutarakan pendapat terhadap parti.
Sungguhpun begitu, beliau berpendapat peletakan jawatan Ahmad Razif bukanlah penyelesaian terbaik kerana kekalahan BN bukan sahaja di Terengganu malah di seluruh negara yang memperlihatkan penolakan rakyat terhadap parti keramat orang Melayu secara kolektif.
"Namun begitu, ada juga sedikit kebenarannya dalam kata-kata beliau (Jailani) kerana sedari awal ada calon yang diletakkan itu bermasalah dan sudah ditolak rakyat. Kesilapan UMNO adalah dari peringkat bawahan membawa ke peringkat atasan. Silap yang sikit-sikit ini akhirnya terkumpul menjadi banyak lalu mebawa kekalahan teruk kepada BN.
Selain itu banyak sangat masalah dalaman seperti pengkhianatan , sabotaj, tiadanya semangat setiakawan dan politiking yang sangat kuat sehingga menyebabkan masing-masing gagal memberikan komitmen 100 peratus dalam menghadapi PRU14. Kesilapan yang BN buat adalah secara kolektif...oleh itu hukuman yang rakyat beri juga adalah secara kolektif.
Sehubungan itu, Ghazali meminta supaya semua pihak tidak lagi menuding jari sesama sendiri, bermuhasabah dan mencari jalan terbaik untuk memulih serta menguatkan parti bagi menghadapi cabaran akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 19 2018
Ahmad Razif berkata keputusan itu adalah hak peribadi Jailani tanpa sebarang paksaan.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Antara pembangunan, pilihan manusia & kesihatan planet
Antara pembangunan, pilihan manusia, dan kesihatan planet.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.