Sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Selayang, Selangor, dua buah hotel menawarkan penginapan percuma kepada petugas berkenaan, sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.
Hotel Rosa Malacca, di Melaka bekerjasama dengan Hotel De La Ferns di pusat peranginan Cameron Highlands, menyediakan sejumlah 150 bilik kepada barisan hadapan untuk percutian mereka.
Pengarah Urusan Hotel Rosa Malacca, B. Sharavana Kumar, berkata tawaran ini sebagai penghargaan kepada petugas perubatan yang telah bekerja siang dan malam tanpa cuti rehat serta bekerja selama berjam-jam dalam menyelamatkan nyawa semasa menghadapi ancaman pandemik COVID-19.
"Ini adalah tanggungjawab sosial yang ingin kami praktikkan dalam memberi penghargaan kepada 'wira yang tidak didendang' setelah wabak itu berakhir," katanya kepada Bernama.
Katanya, baucar penginapan selama dua hari satu malam boleh ditebus mulai 1 Jun dan sah selama sembilan bulan.
Sharavana berkata idea untuk memberikan penginapan percuma kepada barisan hadapan tercetus ketika beliau berada di rumah semasa PKP dan menyedari bagaimana barisan hadapan telah berkorban demi keselamatan rakyat.
Sementara itu, Pengarah Urusan Hotel De La Ferns, B. Rhakjesh Paaren, berharap lebih ramai pengusaha hotel turut serta dalam usaha memberi penghargaan kepada barisan hadapan yang telah bekerja sepanjang masa untuk meratakan lengkung penularan wabak COVID-19.
Katanya, langkah itu juga akan membantu mempromosikan industri pelancongan tempatan.
Menyentuh mengenai menangani situasi semasa, Rhakjesh berkata Rosa Malacca dan De La Ferns telah memperoleh keuntungan pada tahun-tahun sebelumnya dan juga menggunakan insentif yang diberikan oleh kerajaan untuk mengekalkan pembayaran gaji kakitangan tanpa mengenakan pemotongan gaji, kerana pihak pengurusan mengambil serius terhadap hal ehwal dan kehidupan kakitangan mereka.
"Kedua-dua hotel akan mengambil langkah sebaiknya untuk menjalankan proses pembersihan dan pembasmian kuman di setiap bilik dan kemudahan berdasarkan garis panduan oleh Persatuan Hotel Malaysia.
"Kelebihan menjadi hotel yang lebih kecil adalah ia mempunyai jumlah kedatangan tetamu yang rendah dan kakitangan hotel akan dapat menumpukan kepada proses pembersihan yang lebih terperinci," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 02 2020
Hotel De La Ferns di Cameron Highlands antara yang terlibat menyediakan bilik untuk percutian barisan hadapan. - Gambar hoteldelaferns.com.my
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
14 keluarga terjejas dalam banjir kilat di Cameron Highlands
Banjir kilat berlaku ekoran limpahan sungai Kampung Raja dengan anggaran kedalaman air kira-kira 1.5 meter di lokasi.
Cameron Highlands bandar paling bahagia di Malaysia
Persepsi yang diberikan oleh penduduk di Cameron Highlands membuatkan ia dipilih sebagai bandar paling bahagia.
Sultan Pahang mahu pembaikan cerun penempatan Orang Asli Kg Sungai Ruil dipercepat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa supaya projek pembaikan cerun di penempatan Orang Asli Kampung Sungai Ruil, Tanah Rata dipercepatkan.
Tanah runtuh Cameron Highlands, NRES tunggu laporan lengkap
NRES menunggu laporan lengkap berhubung kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands, Pahang, pada Jumaat lepas yang meragut lima nyawa.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Dua mayat terakhir ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat petang tadi menemui mayat keempat dan kelima mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
Penerokaan haram dikesan di kawasan runtuhan di Cameron Highlands
Penerokaan haram dikesan berlaku di kawasan runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley di sini.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Mayat ketiga ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat ketiga mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Operasi hari kedua guna jentera berat
Kumpulan pertama 14 anggota dan dua ekor anjing K9 memasuki lokasi kira-kira jam 8.42 pagi manakala pasukan kedua 14 anggota jam 10 pagi.
SAR mangsa tanah runtuh di Cameron Highlands diteruskan pagi ini
Operasi bermula pada 8.30 pagi dengan melibatkan 158 anggota serta pegawai dari Pahang, Perak dan Selangor.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Operasi SAR sebelah malam disambung SMART dan STORM
Dua ekor anjing pengesan dari Unit K-9 direhatkan setelah melakukan tugasan mencari dan menyelamat (SAR) melebihi tujuh jam.