SEMUA aktiviti yang dikaitkan dengan terrorisme tidak dapat lari dari membicarakan kaitannya dengan sumber wang atau pendanaan. Selepas insiden 11 September 2001, siri-siri letupan bom dan serangan ganas yang dikaitkan dengan terrorisme berlaku di seluruh dunia, termasuklah di rantau Asia Tenggara dan Malaysia khasnya. Serangan-serangan sebegini hanya akan dapat dilaksanakan jika mempunyai dana yang cukup untuk membeli bahan-bahan membuat letupan.
Bahan peledak TNT, cecair kimia, wire, fius, paip, tupperware, jam, handphone, jaket badan, periuk tekanan tinggi dan banyak lagi bahan-bahan asas yang boleh menghasilkan bom buatan sendiri boleh dimiliki oleh pengganas dengan mudah.
Kesemua ini memerlukan modal untuk membeli dan seterusnya menghasilkan bom yang mampu menyebabkan kematian dan kerosakan. Malah membeli kenderaan yang sesuai untuk operasi, penginapan atau penyewaan rumah sebagai markas operasi dan membuat perjalanan dari satu kawasan ke kawasan lainnya juga adalah merupakan modus operandi yang berkait dengan dana. Selama operasi dijalankan, keperluan harian, makan minum, komunikasi, dan penginapan adalah perkara asas yang diperlukan oleh operator terroris ini.
Senario kedua yang perlu sama-sama kita harus perhalusi adalah berkaitan dengan struktur kerajaan IS itu sendiri. Dalam tempoh hampir 5 tahun pentadbiran IS di Iraq dan Syria, tidak kurang 10,000 pejuang IS yang majoritinya datang dari pelbagai negara di dunia ini, termasuklah Malaysia berada di sana. Sebuah kerajaan yang mempunyai struktur pentadbiran, mempunyai kabinet, sistem perundangan, penguatkuasa, askar jihad dan lain-lain lagi. Kesemua mereka ini memerlukan kepada keperluan asas seperti sekurang-kurangnya tempat tinggal, pakaian dan makanan. Maka atas dasar itulah dana IS dalam jumlah yang besar amat diperlukan. Penaklukan telaga minyak di Mosul dan Tikrit, penjualan artifak bersejarah Iraq, sistem percukaian, rompakan bank, penyeludupan, penjualan senjata api dan dadah serta pelbagai aktiviti berkaitan jenayah telah diwujudkan dalam negara IS.
Dalam senario Malaysia dan rantau Asia Tenggara ini, pendanaan bukan datang dari telaga minyak, ianya lebih berpusat kepada aktiviti jenayah. Pelbagai aktiviti jenayah seperti penyeludupan manusia, dadah, senjata-api, perlanunan, pembunuhan, cuci dan pindahan wang dan lain-lain aktiviti jenayah telah diwujudkan. Aktiviti jenayah berkaitan terrorisme di Malaysia telah dimulai pada tahun 2001 dengan rompakan Southern Bank cawangan Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor. Cubaan rompakan tersebut telah digagalkan oleh pengawal keselamatan kedua yang berada di bahagian dalam bank berkenaan. Mereka yang terlibat dalam rompakan ini adalah ahli Kumpulan Militan Malaysia yang telah mendapat suntikan ilmu dan taktikal oleh Jemaah Islamiyyah Malaysia.
KMM yang diasaskan dan dipimpin oleh Zainon Ismail @ Cikgu Non adalah merupakan ahli jawatankuasa Pemuda Pas Negeri Kedah pada tahun 1991-1996. Cikgu Non adalah rakyat Malaysia terawal yang menjadi pejuang jihad di Afghanistan. Melalui persetujuan dan perancangan rapi oleh Cikgu Non dan Abu Bakar Chik, akhirnya satu rompakan bank telah dipersetujui untuk dilaksanakan sebagai jalan mendapatkan dana untuk membiayai aktiviti pengeboman dan lain-lain perbelanjaan berkaitan. Malah KMM juga mempercayai bahawasanya merompak bank adalah dibolehkan kerana bank-bank di Malaysia ini melaksanakan sistem barat yang tidak Islamik dan mengamalkan ‘riba’. Maka atas dasar inilah mereka mempersetujui untuk merompak bank dan wang tersebut akan disalurkan untuk aktiviti keganasan.
Kes kedua yang berkaitan aktiviti jenayah ini adalah berkaitan pembelian senjata api seperti pistol dan bom. KMM juga telah mengarahkan pengikutnya mengambil ‘barang’ yang akan diberikan oleh seorang wakil dari Thailand di Kelantan untuk dibawa ke Kuala Lumpur pada tahun 1999. Setelah disoal-siasat secara terperinci akhirnya diakui bahawa barang yang dikirim tersebut adalah merupakan sepucuk pistol dan sejumlah peluru. JI juga telah mengarahkan pengikutnya mendapatkan senjata api untuk tujuan operasi seperti di Puchong dan Klang Selangor pada 2001 dan 2002. Alatan membuat bom seperti bahan peledak TNT, baja, paip, periuk tekanan tinggi dan lain-lain lagi juga berjaya dirampas oleh polis. Pada 2015, pihak polis juga mendedahkan 10 butir bom tangan telah dibeli oleh IS untuk tujuan operasi jihad di negara ini.
Seterusnya adalah berkaitan aktiviti perlanunan dan penculikan. Kedua-dua jenayah ini bergerak seiring. Ini jelas dapat dilihat dengan aktiviti seumpamanya di selatan Filipina dan perairan Sabah. Penculikan ahli perniagaan dan pelancong serta pekerja di kawasan ini adalah lumrah. Insiden 23 tebusan yang diculik di Pulau Sipadan dan Padanan pada tahun 2000 menggemparkan Malaysia dan dunia amnya. Siri-siri pelanunan terhadap kapal-kapal yang berlayar di perairan tersebut juga adalah lumrah. Malah, Konstabel Zakiah Alep juga telah diculik selama lapan bulan pada tahun 2014. Kesemua aktiviti ini berakhir dengan penyelesaian pembayaran sejumlah wang. Jika gagal memenuhi permintaan mereka, maka penculik akan membunuh tebusan yang ditawan sehingga ke tahap memenggal kepala, manakala videonya disebarkan ke seluruh dunia untuk melahirkan rasa takut dan gerun kepada pihak musuh. Wang yang diperolehi ini telah digunakan untuk membiayai aktiviti harian mereka di samping mendanai aktiviti pengeboman dan kemudiannya operasi menceroboh Malaysia dalam tragedi Lahad Datu pada 2013.
Aktiviti berkaitan penyeludupan dadah dan bahan-bahan terlarang juga dipercayai mempunyai kaitan dengan terroris ini. Maka, tidak hairanlah Afghanistan menjadi negara pengeluar ganja dan popi terbesar dunia hanya setahun selepas negaranya dikuasai oleh Taliban. Bagi mereka, menjual dadah kepada musuh dibolehkan kerana bertujuan untuk merosakkan musuh dan seterusnya menghancurkan mereka. Dadah tersebut kemudiannya masuk ke kawasan segi tiga emas dan turun ke Malaysia sebelum dipasarkan untuk kegunaan domestik mahupun eksport.
Terroris di Malaysia juga dipercayai menggunakan sumber ini untuk membiayai aktiviti mereka. Permintaan yang tinggi dan sumber yang mudah di pasaran gelap menjadikan mereka mudah bergerak. Adalah dipercayai bahawa penjenayah dadah juga menggunakan kelompok terroris ini untuk memudahkan aktiviti mereka tanpa dapat dihidu oleh pihak polis. Malah plot penceritaan dalam filem ‘Polis Evo-2’ adalah adaptasi benar bahawa manipulasi oleh radikal dan ekstremis boleh dilakukan disebalik aktiviti dadah dan jenayah-jenayah lainnya.
Jenayah penyeludupan manusia juga merupakan satu lagi senario yang harus diperhatikan. Wang Kelian dan Sungai Golok, termasuk juga laluan sempadan yang luas di Sabah dan Sarawak serta Selat Melaka merupakan masalah bagi negara ini. Aktiviti penyeludupan manusia dilakukan demi mendapatkan wang dan dikawal oleh kumpulan yang berpewatakkan agama. Mereka lebih mudah dipercayai dan mampu mengaburi pihak polis dalam banyak keadaan. Namun dalam masa yang sama menjalankan aktiviti jenayah untuk pendanaan terrorisme. Malah dalam keadaan yang lebih kritikal lagi adalah membawa masuk atau membawa keluar suspek yang boleh mengancam nyawa dan melancarkan serangan terroris.
Kesimpulannya, kesemua aktiviti terroris ini memerlukan dana yang besar dan signifikan jumlahnya. Tanpa dana, operasi mereka akan tergendala atau tertangguh. Maka disebabkan itulah, strategi menyekat dana terroris adalah senjata ampuh untuk menidakkan kemampuan dan pengembangan ideologi terroris ini. Seperti yang dibincangkan di atas, IS memperolehi sumber dana melalui aktiviti jenayah, mereka bergerak atas jenayah. Jika dapat dihapuskan atau disekat laluan dan pinti-pintu jenayah tersebut, maka operasi mereka dapat dilumpuhkan. IS mulai gagal sepenuhnya di Iraq apabila telaga minyak di Mosul berjaya ditawan oleh pihak tentera kerajaan. Kerana kurangnya sumber dana, akhirnya IS mengundur diri. Keadaan yang sama juga harus dilakukan di Malaysia dengan menyekat semua peluang jenayah yang boleh dimanipulasikan oleh kumpulan terroris ini.
* Prof Madya Dr Mohd Mizan Aslam merupakan Pengerusi Kelab Perdana Global Peace Foundation (PGPF), Perlis Chapter. ([email protected])
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Dr Mohd Mizan Aslam
Tue Feb 26 2019
Kesemua aktiviti terroris memerlukan dana yang besar dan signifikan jumlahnya - Gambar hiasan
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Indeks pelopor Malaysia catat 108.4 mata pada April - Perangkaan
Indeks Pelopor Malaysia terus menyusut kepada negatif 2.7 peratus, mencatatkan 108.4 mata pada April 2023 berbanding 111.4 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
68 maut letupan berhampiran sekolah di Kabul, ramai masih hilang
Kematian akibat serangan bom di luar sebuah sekolah di Kabul, Afghanistan meningkat kepada 68 orang, kata pihak berkuasa pada Ahad.
Majlis Keselamatan PBB sokong inisiatif gencatan senjata diketuai Malaysia
Tempoh 90 hari gencatan senjata tersebut bermula pada 1 Julai, hari di mana resolusi tersebut dimeterai.
Seorang warga Indonesia didakwa miliki item berunsur keganasan
Irwanzir yang bekerja sebagai buruh binaan di Balik Pulau didakwa melakukan kesalahan itu di belakang rumah yang beralamat di Hadapan Kanan, 352 Mukim C, Permatang Pasir Balik Pulau pada 6 Jan lalu.
Jenayah perang: Tindakan Trump maafkan tentera AS amat memalukan
Tindakan Donald Trump ampun tiga tentera AS terlibat jenayah di Iraq dan Afghanistan dikutuk. United Kingdom turut didesak ambil tindakan kes bunuh libatkan tenteranya.
Bekas anggota kumpulan Ukays, Akel Zainal disahkan terbunuh di Syria
Bekas anggota kumpulan rock Ukays, Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin yang menyertai kumpulan militan Daish di Syria disahkan terbunuh dalam serangan udara di negara itu, awal tahun ini.
Penglibatan wanita sebagai penyerang bunuh diri membimbangkan - Polis
Penglibatan golongan wanita di rantau Asia Tenggara dalam kegiatan kumpulan militan Daesh sebagai penyerang bunuh diri semakin membimbangkan ekoran mereka mempunyai suntikan semangat baharu.
Hubungan jenayah dan terrorisme di Malaysia
Serangan-serangan sebegini hanya akan dapat dilaksanakan jika mempunyai dana yang cukup untuk membeli bahan-bahan membuat letupan.
Lelaki dipenjara 36 bulan galak keanggotaan, miliki bahan berkaitan pengganas
Mohamad Azmin Shah Sharifudin dihukum penjara 24 bulan bagi kesalahan menggalakkan keanggotaan dalam kumpulan pengganas.
Polis tangkap sembilan suspek terlibat aktiviti Daish
Dalam operasi di sekitar Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Kelantan itu, tiga warga asing dan enam rakyat Malaysia yang berusia antara 17 hingga 56 tahun ditahan.