Tutup

Hujan lebat, ribut petir fenomena biasa peralihan monsun

Hujan lebat, ribut petir fenomena biasa peralihan monsun
Musim tengkujuh yang disebabkan Monsun Timur Laut dijangka bermula 24 Oktober dan akan berlarutan sehingga Mac 2020.
KUALA LUMPUR: Kekerapan hujan lebat yang melanda ibu negara dan negeri-negeri di Pantai Barat sejak beberapa hari ini adalah fenomena biasa ketika peralihan monsun.

Musim tengkujuh yang disebabkan Monsun Timur Laut dijangka bermula 24 Oktober dan akan berlarutan sehingga Mac 2020.

Sepanjang tempoh itu, beberapa episod hujan lebat dijangka berlaku dan penduduk khususnya di Pantai Timur dinasihatkan sentiasa berwaspada.

"Angin bertiup secara konsisten dari arah Timur Laut, bermakna bermulalah musim Monsun Timur Laut.
"Tetapi dari segi hujan berterusan di Pantai Timur, kami tak jangka ia akan berlaku dalam masa seminggu ini," Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip.

MetMalaysia juga akan sentiasa memantau perkembangan cuaca dan akan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan untuk memastikan jadual pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak terjejas.
"Kami mengemaskini ramalan cuaca setiap hari untuk diberikan kepada Jabatan Pendidikan sepanjang musim peperiksaan SPM ini.

"Kami jangka tak ada masalah untuk bulan Oktober, kena tengok bulan November nanti macam mana. Kami akan terus buat pemantauan," tambahnya.

Orang ramai juga dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga dan peka dengan sebarang amaran yang dikeluarkan METMalaysia.






Tag: Monsun Timur Laut, peralihan monsun, pantai barat, pantai timur, cuaca, hujan, monsun, tengkujuh, MetMalaysia, Mohd Hisham Mohd Anip, ramalan cuaca



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.