Dewan Rakyat malam tadi meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2017, yang antara lain memberi laluan kepada penguatkuasaan hukuman sebat mandatori terhadap pesalah jenayah seksual apabila akta itu diwartakan kelak.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata di bawah pindaan akta itu, hukuman sebat mandatori boleh dikenakan ke atas pesalah yang melakukan kesalahan rogol, sumbang mahram, persetubuhan seksual bertentangan dengan aturan tabii secara rela dan tanpa kerelaan, serta kesalahan merangsang kanak-kanak kepada perbuatan kelucahan melampau.
"Rang Undang-Undang ini menunjukkan langkah serius kerajaan untuk menangani salah laku melibatkan jenayah seksual dalam masyarakat yang semakin berleluasa pada hari ini," katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, yang kemudiannya diluluskan dengan undian majoriti pada 11.30 malam.
Pindaan akta itu turut menetapkan hukuman penjara mandatori terhadap seseorang yang menyebabkan kecederaan kepada bekas suami atau isterinya, kanak-kanak, orang dewasa tidak berkeupayaan atau anggota keluarga lain dan tidak terhad kepada mereka yang masih dalam perkahwinan sah sahaja.
Razali berkata pindaan rang undang-undang itu turut memperluas peruntukan di bawah Seksyen 377 CA bagi kesalahan memasukkan mana-mana bahagian badan selain zakar seperti jari atau lidah ke dalam faraj atau dubur mangsa, yang mana pesalah boleh didakwa.
"Perluasan dan penjelasan terhadap Seksyen 377 CA itu adalah sebagai usaha kerajaan mencegah jenayah seksual bukan sahaja yang melibatkan mangsa kanak-kanak, malah terhadap masyarakat umum," katanya.
Dalam pada itu, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2017 juga memasukkan topik dokumen lucah bagi mengukuhkan larangan penjualan, pengedaran, pemilikan, penyewaan, penghasilan, pengiklanan, pembelian dokumen lucah dan lain-lain perbuatan.
Dokumen lucah tersebut antara lain meliputi fotografi atau rakaman visual lain, dan perkara yang dirakam, disimpan, diproses atau dihasilkan semula atau dihasilkan oleh komputer. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2017
Di bawah pindaan akta itu, hukuman sebat mandatori boleh dikenakan ke atas pesalah yang melakukan kesalahan rogol. - Gambar hiasan
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.
Kajian semula struktur percukaian, sara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu mengenai langkah-langkah mengkaji semula struktur percukaian semasa akan dibangkitkan Muhammad Ismi Mat Taib pada sesi soal jawab.
Dewan Rakyat lulus RUU Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024 dengan lebih suara bersetuju.