Bijak urus masa mungkin kunci kejayaan buat graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Antarabangsa) Universiti Swinburne Sarawak ini.

Biarpun sudah berumah tangga dan bekerja, ia bukan penghalang jadi graduan cemerlang.

Dollyrissia Liners Debra akui, perancangan masa yang sistematik memudahkan urusnya sepanjang pengajian.

Walaupun berusia 38 tahun, Dollyrissia tidak pernah malu atau kekok untuk bergaul dengan rakan sekelas yang jauh lebih muda daripadanya.

Menimba ilmu tidak kenal usia kata Dollyrissia yang kini bekerja sebagai kerani perpustakaan.

“Selagi ada peluang untuk belajar, belajarlah dengan sepenuh hati. Ilmu boleh ditimba tak kira umur atau di mana pun kita berada, yang penting kita ada usaha dan semangat,” kata Dollyrissia.