Ibu bapa tidak sepatutnya menjadikan sekolah agama khususnya pusat tahfiz sebagai tempat untuk melepaskan tanggungjawab mendidik anak-anak dalam bidang agama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
Memahami kekangan akibat sibuk bekerja antara punca kecenderungan itu, Mujahid bagaimanapun berkata teras pendidikan anak-anak bukan hanya terletak kepada guru, tetapi bermula dengan ibu bapa yang boleh dijadikan contoh yang dikagumi oleh anak-anak.
"Tak payah hantar anak kita kepada ustaz atau ustazah untuk belajar solat, kita ajar sendiri di rumah, kita tak perlu suruh anak kita hafal doa di sekolah sahaja, ibu bapa ambil inisiatif ajar sendiri.
"Sentuhan ibu bapa tak sama dengan sentuhan guru," katanya semasa merasmikan Sekolah Integrasi Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Siraj Abdullah Ibn Mas'ud di Presint 11, di sini pada Khamis.
Siraj Abdullah Ibnu Mas'ud merupakan Sekolah Integrasi Rendah Agama (Jawi) yang kelima, selepas empat Siraj ditubuhkan di Kuala Lumpur.
Mujahid berkata penubuhan sekolah-sekolah agama swasta dan pusat-pusat tahfiz yang umpama cendawan tumbuh selepas hujan ketika ini adalah disebabkan oleh trend berkenaan.
"Ada juga ibu bapa yang cari sekolah kalau boleh anak dia tak balik rumah, selesai masalah. Dengan harapan balik hujung minggu ambil, selepas itu cepatlah tunggu hari Isnin nak hantar anak itu balik (ke sekolah)," katanya.
Mujahid berkata oleh kerana permintaan tinggi untuk pendidikan Islam dan tahfiz, ada pihak mengambil kesempatan hanya untuk mendapatkan untung menubuhkan pusat tahfiz berbanding tanggungjawab mengisi kurikulum sekolah dengan baik.
Untuk itu, katanya Majlis Tahfiz Negara yang dijangka ditubuhkan tahun depan akan memastikan kualiti, akreditasi, guru-guru dan kurikulum di sekolah-sekolah agama khususnya tahfiz di seluruh negara mengikut standard kurikulum arus perdana.
Mengenai Siraj Abdullah Ibnu Mas'ud, Mujahid berkata setakat ini ia menerima lebih 700 permohonan, namun hanya 111 murid tahun satu dipilih bagi pengambilan pertama tahun depan.
Katanya sekolah yang dibina dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berjumlah RM5.4 juta itu mempunyai 24 bilik darjah di dalam bangunan setinggi empat tingkat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 24 2019
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menandatangani plak perasmian Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abdullah Ibn Masud di Presint 11 Putrajaya pada Khamis. - Foto BERNAMA
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Ibu bapa jangan jadikan tahfiz tempat lepas tanggungjawab
Ibu bapa tidak sepatutnya menjadikan sekolah agama khususnya pusat tahfiz sebagai tempat untuk melepaskan tanggungjawab mendidik anak-anak dalam bidang agama.