Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan program imunisasi di fasiliti kesihatan berjalan seperti biasa dan ibu bapa disaran menepati jadual imunisasi dan tarikh janji temu yang telah ditetapkan oleh petugas kesihatan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ibu bapa yang telah pulang ke kampung perlu membuat janji temu untuk imunisasi anak mereka di mana-mana klinik kesihatan kerajaan atau swasta yang berdekatan bagi mengelakkan daripada keciciran imunisasi.
Beliau berkata kelewatan penerimaan imunisasi akibat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh meningkatkan risiko pendedahan bayi dan kanak-kanak terhadap penyakit cegahan vaksin seperti campak dan polio.
Katanya, hal ini boleh menyebabkan berlakunya peningkatan wabak penyakit cegahan vaksin yang juga akan mengancam nyawa jika tidak dibendung.
"Dalam usaha kita untuk memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi saranan KKM, imunisai kanak-kanak perlu diteruskan untuk mengekalkan imuniti kelompok tinggi," katanya dalam kenyataan sempena Minggu Imunisasi Sedunia yang disambut pada 24 hingga 30 April setiap tahun.
Pada tahun ini, tema 'Vaksin Berkesan Untuk Semua' (#VaccinesWork for All) telah dipilih Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan bertujuan mempromosikan penggunaan dan kepentingan vaksin untuk melindungi semua golongan umur daripada penyakit cegahan vaksin.
Dr Noor Hisham berkata imunisasi telah terbukti sebagai salah satu daripada intervensi kesihatan awam yang paling berjaya dan kos efektif dalam mengurangkan kematian penyakit cegahan vaksin.
Tambah beliau, sejarah dan fakta telah membuktikan bahawa imunisasi telah menyelamatkan jutaan nyawa di seluruh dunia.
Bagaimanapun, dalam dua tahun kebelakangan ini, beberapa negara di seluruh dunia mengalami penularan wabak penyakit cegahan vaksin seperti 'measles' (campak) dan polio.
Malaysia juga telah dikejutkan dengan kemunculan kes polio yang pertama pada Disember tahun lalu 2019 selepas 27 tahun bebas daripada penyakit tersebut, katanya.
"Sehingga kini, terdapat empat kes polio yang disahkan melalui ujian makmal serta dua kes polio serasi (compatible) yang menepati ciri klinikal penyakit polio dengan kesemua kes ini berlaku di negeri Sabah," katanya.
Menyentuh mengenai kes campak, Dr Noor Hisham berkata terdapat penurunan kes berkenaan iaitu 1,077 kes pada tahun lalu berbanding 1,958 kes pada tahun 2018 di seluruh Malaysia.
" Namun, kes kematian meningkat dengan 15 kematian tahun lalu berbanding enam kematian pada tahun sebelumnya.
"Sebanyak 915 kes Pertussis (batuk kokol) dicatatkan dengan 20 kematian pada tahun lalu, meningkat daripada 892 kes dengan 22 kematian pada 2018 manakala sebanyak 16 kes difteria dicatatkan dengan enam kematian pada tahun lepas berbanding 18 kes dengan enam kematian pada 2018, katanya.
"Majoriti kes berkenaan tidak menerima suntikan vaksin. Terdapat juga kes berlaku dalam kalangan bayi yang belum sampai umur untuk menerima suntikan vaksin," kata Dr Noor Hisham.
Dalam pada itu, beliau berkata KKM menghargai individu dan organisasi yang telah menyumbang kepada kejayaan program imunisasi, terutama kepada petugas kesihatan barisan hadapan yang terlibat dalam pemberian vaksin termasuk anggota masyarakat yang menyokong program imunisasi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 24 2020
Kelewatan penerimaan imunisasi boleh meningkatkan risiko pendedahan bayi dan kanak-kanak terhadap penyakit cegahan vaksin. Gambar hiasan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.