Masyarakat khususnya ibu bapa tidak perlu bimbang tentang status vaksin yang diberikan kepada bayi dan kanak-kanak kerana semuanya dijamin halal termasuk vaksin bakteria difteria, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan sememangnya melakukan pemeriksaan ke atas vaksin-vaksin yang diberikan dan vaksin yang mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir tidak akan diterima.
Menurutnya, terdapat ibu bapa memberi alasan tidak mahu memvaksin anak mereka kerana ragu dan tidak yakin tentang status halal produk berkenaan.
"Vaksinasi yang disediakan oleh kerajaan semuanya halal dan Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini dan ibu bapa perlu rujuk perkara itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) di sini, hari ini.
Dr Hilmi merujuk kes seorang kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan yang disahkan meninggal dunia pada 14 Mac lepas akibat dijangkiti bakteria difteria kerana tidak mendapat vaksinasi difteria sejak lahir atas permintaan keluarga.
Beliau berkata semua pihak tidak seharusnya mempercayai maklumat yang diperolehi daripada media sosial berhubung status halal vaksin sebaliknya perlu mempercayai nasihat dan khidmat pakar.
"Setakat ini di Malaysia hanya ada satu vaksin yang mengandungi DNA khinzir iaitu vaksin Rotavirus. Kerajaan tidak beli vaksin Rotavirus. Ia hanya terdapat di klinik-klinik swasta untuk merawat cirit birit," katanya
Dr Hilmi berkata setiap tahun, kerajaan persekutuan memperuntukkan RM120 juta untuk membeli vaksin bagi 12 jenis penyakit.
Katanya, vaksin berkenaan diberikan secara percuma kepada bayi baru lahir sehingga usianya mencapai tiga tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 17 2018
DR HILMI: Setiap tahun, kerajaan persekutuan memperuntukkan RM120 juta untuk membeli vaksin bagi 12 jenis penyakit. - Gambar fail
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
23 juta kanak-kanak terlepas vaksinasi rutin pada 2020 - Kajian WHO, UNICEF
Perkhidmatan vaksinasi rutin kanak-kanak di Asia Tenggara dan Mediterranean Timur antara yang terjejas teruk, menurut WHO.
KKM ubah Jadual Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak mulai bulan ini
Vaksin lima serangkai kepada kanak-kanak akan ditukar kepada vaksin enam serangkai mulai November.
Tiada vaksin, tiada sekolah - Itali perkenal undang-undang baru
Dikenali sebagai Undang-undang Lorenzin, ia mewajibkan semua kanak-kanak di Itali yang berumur enam hihgga 16 tahun untuk divaksinkan dan jika tidak, ibu bapa mereka akan didenda.
Undang-undang perlu dipinda sebelum wajibkan 2 suntikan vaksin - Dr Dzulkefly
Perkara itu juga akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Tiga lagi kes difteria disahkan di Johor
Kanak-kanak perempuan itu merupakan kakak kepada kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia akibat diifteria pada 23 Feb lepas.
Malaysia akan bina kilang vaksin halal pertama di dunia
Dengan pembinaan kilang tersebut pihaknya mampu memberi keyakinan kepada ibu bapa kerana vaksin yang dihasilkan dari kilang itu adalah halal.
Kes campak global meningkat 50 peratus, pengaruh antivaksin antara punca
Kemunculan semula campak di kebanyakan negara dikaitkan dengan fahaman tidak berasas bahawa vaksin campak membawa kepada kes autisme.
Kedah antara negeri tertinggi tolak vaksin
Antara alasan penolakan vaksin di Kedah adalah keraguan terhadap status vaksin sama ada halal atau haram dan keraguan terhadap kandungan vaksin tidak selamat.
3 kanak-kanak positif difteria dibenar pulang esok
Pemeriksaan terhadap kesemua individu itu dilakukan terhadap mereka yang berhampiran atau mereka di sekeliling kanak-kanak terlibat.
Kerajaan Johor kaji wajibkan suntikan vaksin
Dr Sahruddin Jamal berkata, penyakit dan kes yang jarang ditemui seperti difteria yang kini sudah mula dikesan di negeri Johor.