Seorang ibu berdepan detik cemas apabila melahirkan bayinya di dalam kereta, kurang seratus meter sebelum tiba di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, semalam.

Ia bagaimanapun memberi makna tersendiri kerana kelahiran itu disambut pada tanggal 12-12-12 dan dibidankan sendiri oleh kakak iparnya yang juga sarat mengandung.

Di sebalik detik cemas, Siti Hajar Ibrahim tetap bersyukur bayinya selamat.

Siti Hajar berkata, “Saya tak dapat tahan sakit, bayi saya hampir keluar terpaksa saya beranak di dalam kereta, suami saya dan kakak ipar saya yang sambut bayi”.

Bayi beliau kini ditempatkan di unit rawatan rapi nurseri di Hospital Sultanah Sahiyah untuk pemantauan lanjut.

Sementara itu, pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, Datuk Dr Juita Ghazalie memaklumkan hospital tersebut merekodkan sepuluh kelahiran pada tanggal 12.12.12 termasuk Siti Hajar.

Mereka terdiri daripada lima bayi lelaki dan lima bayi perempuan.

Sembilan dilahirkan secara normal sementara seorang dilahirkan menerusi pembedahan.