Anak-anak pasangan mangsa kemalangan jalan raya di KM21 Sitiawan-Teluk Intan, berhampiran Kampung Kayan di sini, minggu lalu kini mengharapkan ihsan ibu saudara sebagai tempat mereka bermanja dan menumpang kasih.
Nor Alvina Abdullah, 31, berkata sejak kemalangan tersebut anak ketiga mangsa Muhammad Daris Amsyar, 5, atau panggilan manja Kinta menjadi sangat manja dengannya, malah memanggilnya 'mommy'.
"Kinta sangat manja malah mahu tidur dengan saya dan turut memanggil saya 'mommy', sebelum ini dia panggil Mak Uda," kata Nor Alvina yang merupakan adik ipar Sairulazuwan Nadzim, yang maut dalam kemalangan tersebut," katanya.
Nor Alvina bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Cek Pampasan dan Pencen Ilat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada keluarga dan waris mangsa di Kampung Batu 9 Lekir di sini, pada Ahad.
Pada 3 Dis lalu, Sairulazuwan, 37, dan isterinya Azilina Abdul Aziz, 37, serta anak bongsu pasangan tersebut Muhamad Daris Iffat, tiga bulan, maut selepas kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Wish yang dinaiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah parit.
BACA: Tiga termasuk bayi tujuh bulan maut dalam kemalangan di Sitiawan
Selain Muhammad Daris Amsyar, pasangan tersebut meninggalkan dua lagi anak iaitu Muhammad Daris Wafiy, 10; dan Muhammad Daris Rayyan, 9.
Nor Alvina berkata, Kintan tidak boleh berenggang dengannya sejak ketiadaan ibu bapanya sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah mentuanya itu untuk sementara waktu.
"Mungkin dia masih lagi kecil, dia rindukan kedua ibu bapanya cuma dia tidak dapat meluahkannya. Saya juga perasan air mata Kintan akan mengalir setiap kali dia tengah tidur," katanya.
Nor Alvina yang mempunyai dua orang anak berkata dia menganggap ketiga-tiga anak saudaranya itu seperti anak sendiri dan mahu kesemuanya menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain selain berjaya dalam pendidikan.
"Saya dan suami, Jazli Nadzim, ada juga merancang untuk berpindah ke sini (rumah bapa Sairulazuwan) selepas melihat keadaan Kintan kerana saya mahu memberi sokongan dan perhatian kepadanya yang masih lagi terlalu kecil.
"Sedikit sebanyak dengan kehadiran kami dapat mengubati rindu Kintan dan juga abang-abangnya. Kami menganggap ia sebagai satu amanah dan tanggungjawab kepada kami untuk membesarkan mereka," katanya.
Sementara itu, ayah kepada Sairulazuwan, Nadzim Mohd Taib, 68, berkata sumbangan yang diterima daripada orang ramai akan digunakan untuk keperluan tiga beradik tersebut.
"Semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk kami terus kuat menjaga mereka," katanya.
Menurutnya, Muhammad Daris Wafiy dan Muhammad Daris Rayyan akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Batu 10 Lekir, manakala Muhammad Daris Amsyar akan memasuki tadika berhampiran rumahnya, tahun hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2017
Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempat bertanya khabar kepada tiga beradik yatim piatu itu selepas beliau menyampaikan pencen Perkeso kepada mereka pada Ahad. - fotoBERNAMA
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Cakna media sosial: Anak-anak perlu pendedahan awal pendidikan digital
Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan awal kepada pendidikan digital bagi memastikan mereka cakna mengenai kebaikan dan keburukannya.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.
Golongan muda alami rabun tua sebelum usia
Rabun tua atau presbiopia (presbyopia) sering dialami individu yang berusia 40 tahun, namun kini masalah berkenaan juga 'menghantui' golongan lebih muda.
Program pembangunan bakat di institusi kebajikan perlu dihidupkan semula - Nancy
Program Pembangunan Bakat terutama melibatkan kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dihidupkan semula.
Kanak-kanak ganggu jemaah di masjid: Apa hukum, tanggungjawab kita?
Didiklah anak-anak untuk mencintai masjid namun perlu mengawal mereka agar tidak mengganggu jemaah lain.
Masjid Kapitan Keling tawar hadiah kepada kanak-kanak solat tarawih
Antara hadiahnya nanti mungkin berupa peralatan permainan seperti kereta kawalan jauh, atau basikal, yang ditaja beberapa pihak.
Parental Control Tools bantu ibu bapa pantau kandungan dalam talian- Fahmi
MCMC bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan perisian Parental Control Tools.
Hampir 31,000 rakyat Palestin terbunuh pada hari ke-156 serangan Israel ke atas Gaza
Lebih 30,960 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza yang telah memasuki hari ke-156, kata pihak berkuasa kesihatan di wilay