Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, rakyat Malaysia menjadi mangsa begitu banyak mitos dan salah faham berkenaan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Menurutnya, cadangan meratifikasi ICERD tidak berpunca daripada agenda rahsia untuk melemahkan Perlembagaan Persekutuan atau menyerang kedudukan orang Melayu, agama Islam dan Raja-raja Melayu.
Katanya, ICERD bukan sahaja serasi dengan Islam dan agama lain, malah ia turut serasi dengan Perlembagaan dan tidak menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong.
"Ini sebabnya kenapa kebanyakan negara majoriti umat Islam di dunia, termasuk negara anggota OIC seperti Jordan, Palestin dan bahkan Arab Saudi telah meratifikasi ICERD," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata, ramai yang salah faham dan menganggap sekiranya Malaysia meratifikasi ICERD, Perkara 153 Perlembagaan akan dimansuhkan apabila objektifnya telah dicapai.
"Sebenarnya, Perkara 153 konsisten dengan dengan tujuan ICERD, memandangkan Perkara 1(4) dan 2(2) konvensyen itu bertujuan melaksanakan kesetaraan yang berkesan atau substantif.
"Bukan sekadar kesetaraan yang bersifat rasmi dan luaran sahaja," tambahnya.
Lim menjelaskan, setakat ini, 36 daripada 38 negara dengan sistem monarki telah meratifikasi ICERD, termasuk United Kingdom pada 1969, Norway (1970), Sweden (1971), Denmark (1971), Belanda (1971), Jordan (1974), Belgium (1975), Jepun (1995) dan Arab Saudi (1997).
Langsung tidak wujud indikasi bahawa meratifikasi ICERD oleh 36 negara ini telah menjejaskan sistem monarki sehingga ia dihapuskan, tegasnya.
Katanya, beliau bagaimanapun menyokong keputusan Kabinet untuk tidak meratifikasi ICERD, meski ia katanya, satu langkah ke belakang dalam usaha membina Malaysia Baharu.
"Malaysia tidak harus meratifikasi ICERD sehingga majoriti kaum dan agama di negara ini menyokongnya dan memahami bahawa ia tidak mengancam kepelbagaian kaum, agama mahupun Perlembagaan.
"Tetapi, (ICERD) merupakan langkah ke hadapan menyertai masyarakat dunia mempromosi hak asasi manusia," katanya.
Lim berpendapat, isu ICERD adalah amaran untuk seluruh rakyat Malaysia bahawa wawasan Malaysia Baharu masih boleh dikalahkan sekiranya oportunis politik dan para ‘desperado’ dibiarkan mengeksploitasi politik kebohongan, kebencian kaum dan agama.
Tiada rakyat Malaysia yang mahu meratifikasi ICERD jika harganya ialah satu lagi rusuhan kaum seperti 13 Mei, tambahnya.
Hilmi Malik
Thu Dec 06 2018
LIM: Tiada rakyat Malaysia yang mahu meratifikasi ICERD jika harganya ialah satu lagi rusuhan kaum seperti 13 Mei. - Gambar fail
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
Protests against Israel’s assault on Gaza have spread from Columbia and Yale to other universities in the U.S. as officials scramble to defuse a growing protest movement.
Helikopter AW139 kali pertama digunakan untuk lintas hormat - Mohamed Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata helikopter Skuadron 503 berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah itu mula digunakan sejak 2021.
AWANI Tonight: Is global net zero target in jeopardy?
The Energy Industries Council (EIC) highlights the widening gap between the industry's current reality and the ambitious global net zero targets set by policymakers to be achieved by 2050 as well as what it takes to fulfil the commitment.
Nahas helikopter Lumut: Baju raya terakhir ibu jadi kenangan buat anak kembar
Kenangan bersama ibu mereka, Bintara Muda TNL Nor Rahiza Anuar, 39, tidak akan pernah luput dari ingatan.
AWANI 7:45 [23/04/2024] – Ditukar kepada majlis tahlil dan doa | Tujuh lelaki dan tiga wanita | Desakan semakin kuat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Jabatan Bantuan Guaman perlu main peranan dalam pelbagai kes, bukan hanya jenayah - Azalina
JBG diwujud bagi memberikan khidmat bantuan guaman kepada mereka yang layak berpandukan Akta Bantuan Guaman 1971.
Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama - TPM Zahid
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama.
Tujuh kertas siasatan dibuka di bawah unit 'task force' 3R PDRM
Tujuh kertas siasatan telah dibuka melibatkan kes 3R atau kes penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja bagi tempoh bermula 27 Mac 2023 sehingga 6 April 2023.
Hargai kepelbagaian budaya, agama di Malaysia asas kemakmuran - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia sangat istimewa dengan rakyatnya hidup aman harmoni dalam kepelbagaian budaya dan perbezaan agama.
Kes pendakwah terkenal: Jangan buat spekulasi - Idris
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegaskan, tindakan itu boleh memberi mesej buruk terhadap nilai agama.
Hina Islam: Menteri bagi peringatan, jangan main bab agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap agama Islam.