BERIKUT adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 11 April hingga 17 April 2016.

Antara tajuk-tajuk utama minggu lalu termasuk penemuan bom di sebuah kondominium di Damansara Perdana, kes histeria di dua sekolah di Kelantan, gempa bumi kuat di Jepun dan kontroversi berkenaan pendakwah agama dari India, Dr Zakir Abdul Karim Naik.

Ahad, 17 April: Polis jumpa bahan letupan di kondo di Damansara Perdana

Polis mengesahkan penemuan tujuh bahan letupan di dalam kotak di sebuah unit kondominium di Metropolitan Square dan kini sedang memburu dua orang suspek.

Kira-kira 200 orang penduduk kondominium diarah untuk mengosongkan unit mereka sementara pihak polis dan Bomba memeriksa keadaan sekeliling. - Astro AWANI

Sabtu, 16 April: Kira-kira 30,000 hadiri ceramah Dr Zakir Naik di Kuala Lumpur

Kira-kira 30,000 hadir mengikuti ceramah Dr Zakir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, walaupun kehadiran pengunjung diuji dengan keadaan hujan lebat.

Sebahagian hadirin yang membanjiri Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sempena ceramah Dr Zakir. - Twitter/@nizambakeri2

Jumaat, 15 April: Gempa bumi 6 magnitud landa selatan Jepun

Satu gempa bumi kuat melanda Kumamoto di Jepun telah meruntuhkan rumah, mencetuskan kebakaran dan mengorbankan nyawa.

Penduduk berdiri di jalan berikutan gempa bumi di bandar Kumamoto pada 14 April, 2016. - Foto AFP/Jiji Press

Hazim Ismail, benarkah Malaysia memusuhi homoseksual dan pelaku murtad?

Seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia mempersoalkan tindakan kerajaan Kanada dalam memberikan seorang pelajar Malaysia yang menuntut di University of Winnipeg status pelarian, hanya kerana dia seorang homoseksual.

Hazim Ismail sebelum ini berkata dia takut untuk kembali ke Malaysia. - Facebook

Khamis, 14 April: Histeria terlihat 'lembaga hitam': SMK Pengkalan Chepa 2 ditutup sementara

SMK Pengkalan Chepa 2 ditutup sementara waktu selepas lebih daripada 50 pelajar dan guru terlibat dengan beberapa serangan histeria.

Pengetua sekolah Siti Hawa Mat menunjuk di mana serangan histeria berlaku. - Astro AWANI

Pelajar SMK Kubang Kerian 3 terkena gangguan histeria

Kejadian histeria turut dilaporkan terjadi di SMK Kubang Kerian 3, melibatkan lapan orang pelajar dan seorang guru wanita.

Pihak pengurusan sekolah terpaksa menggunakan khidmat pengamal perubatan Islam untuk memulihkan mereka yang terlibat. - Astro AWANI

Rabu, 13 April: Kerajaan tiada cadangan mengharamkan kas-kas

Kementerian Kesihatan belum bercadang mengharamkan penggunaan kas-kas sebagai rempah dalam masakan, kata Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Kementerian Kesihatan memutuskan penggunaan biji kas-kas sebagai rempah dalam makanan tidak menunjukkan risiko ketagihan yang signifikan.

Khairy Jamaluddin perjelas isu hadiah RM30

Menteri Belia dan Sukan itu tidak menafikan nilai hadiah yang diterima pemenang program Junior Cycling Malaysia adalah kecil, namun tetap dengan pendirian bahawa ia dibuat atas dasar tidak mahu bakal-bakal atlet negara itu terdidik dengan wang ringgit.

Khairy bersama para pemenang Junior Cycling Malaysia pada 9 April lalu. - Twitter/JuniorCyclingMY

Selasa, 12 April: P. Ramasamy kesal gelar Dr Zakir Naik "syaitan"

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu kesal kerana kenyataannya yang dibuat dalam laman Facebook rasmi beliau telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam.

Kenyataan kekesalan Ramasamy menyusul 8 jam selepas pusat khidmatnya yang terletak di Taman Chai Leng, Prai telah dilontar bom petrol. - Astro AWANI

Isnin, 11 April: Ceramah Dr Zakir Naik di UTeM tidak boleh diteruskan