Siapa bapa kepada anak Muhdalena Ahmad, wanita amuk yang melarikan diri daripada tahanan polis di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada Khamis masih menjadi tanda tanya ramai.
Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Dr Mohd Khairi Yakub memaklumkan kepada akhbar Malay Mail bahawa maklumat siapa bapa bayi tersebut masih belum dapat dikenal pasti.
“Kita tidak dapat membuat apa-apa pengesahan setakat ini kerana keadaan mental Muhdalena,” katanya kepada Malay Mail.
Kata Dr Mohd Khairi lagi, bayi lelaki Muhdalena telah diberi rawatan di HSA sebelum ditempatkan di pusat kebajikan.
Muhdalena, 30, wanita yang terlibat dengan kejadian amuk di depan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dua tahun lepas dimasukkan ke HSA pada Ahad lalu kerana bersalin, namun didapati hilang dari hospital itu pada kira-kira 9 pagi.
Dia kemudiannya telah ditemui semula kurang daripada 24 jam dan ditahan di Kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka pada jam 3.05 pagi Jumaat.
Muhdalena sebelum ini merupakan tahanan di Hospital Permai, Tampoi dan menjalani rawatan sakit jiwa sejak Jun sebelum dimasukkan ke HSA.
Suspek pernah dituduh di Mahkamah Putrajaya, Kuala Lumpur mengikut kesalahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya.
Pada akhir perbicaraan, suspek dimasukkan ke Hospital Permai atas perintah Mahkamah Putrajaya mengikut Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) demi penjagaan selamat orang yang dibebaskan.
Azyyati Ahmad
Sat Oct 25 2014
Muhdalena sebelum ini merupakan tahanan di Hospital Permai, Tampoi dan menjalani rawatan sakit jiwa sejak Jun sebelum dimasukkan ke HSA - Gambar Fail
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Penganggur didakwa bunuh ibu kandung
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya di sebuah rumah di Taman Temiang Utama di Muar, minggu lepas.
Bunuh: Mahkamah arah suri rumah dipantau di Hospital Permai
Mahkamah Majistret Seremban pada Jumaat mengarahkan seorang suri rumah yang dituduh menikam mati suaminya pada 23 Januari lalu direman sebulan di Hospital Permai, Johor Bahru.
PKRC Hospital Permai mula beroperasi hari ini
Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Hospital Permai, Jalan Tampoi di sini, yang mampu menempatkan sehingga 585 pesakit, mula beroperasi hari ini.
COVID-19: Satu lagi kluster baru dikesan, kali ini di Johor
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kluster baru terpencil telah dikenal pasti di Johor dinamakan Kluster Orkim, melibatkan krew kapal yang berlabuh di Pelabuhan Pasir Gudang.
Seorang staf positif COVID-19, UTM lakukan kerja-kerja pembersihan, disinfeksi
Kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi akan dijalankan mengikut rekod pergerakan sebaik pengesanan kontak diperoleh Bilik Gerakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Johor Bahru.
Jenazah mangsa COVID-19 selamat dikebumi
Jenazah lelaki berusia 34 tahun itu tiba di tanah perkuburan pukul 8.15 malam pada Selasa.
COVID-19: Dua lagi warga China pulih, jumlah terkini pesakit sembuh 13
Pasangan suami isteri yang dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru itu disahkan sembuh sepenuhnya selepas keputusan ujian COVID-19 ulangan kali kedua berturut-turut, didapati negatif.
Cuba gantung diri guna tali nilon, lelaki diarah ke Hospital Permai
Seorang lelaki yang cuba menggantung dirinya menggunakan tali nilon diarah menjalani rawatan psikiatri di Hospital Permai, Tampoi di Johor.
Bunuh anak kandung, ibu tidak siuman terlepas hukuman tali gantung
Daphne Phang Mei Kei, 28 tahun, ditahan di Hospital Permai, Tampoi bagi tempoh mengikut perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka.
Hospital Permai sedia terima lebih ramai pesakit HSA
Pada masa ini, seramai 40 pesakit daripada HSA telah ditempatkan di hospital berkenaan sejak kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA pada Selasa lepas.