Imam Surau Taman Sri Kenangan, Hj Mohd Ali Suang, 75 rebah meninggal dunia sejurus selepas habis menyampaikan khutbah raya hari ini di sini.

Cucunya, Ahmad Faris 22 berkata tiada perkara luar biasa terjadi ketika arwah membaca khutbah.

“Setakat ini kami tidak diberitahu apa-apa kejadian diluar jangkaan berlaku semasa arwah menyampaikan khutbah.

“Kami keluarga arwah yang berada di Pulau Pinang mendapat khabar berita ini kira-kira jam 9.30 pagi tadi,” kata Faris yang kini dalam perjalanan ke Segamat bersama keluarganya.

Faris yang juga Pengarang Urusan laman web teknologi Pronomy berkata arwah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Luas Batu 8, Segamat.

“Arwah telah selamat dikebumikan selepas waktu Zohor tadi,” kata Faris.

Setakat ini punca kematian arwah masih belum diketahui.

Sebelum menjadi imam, arwah bekerja sebagai guru besar di sekolah SK Felda Tenang Segamat, Johor.