Kanak-kanak di bawah umur lima tahun di Sabah akan diberikan imunisasi polio secara oral dalam usaha mencegah penularan virus itu yang dikesan di negeri ini baru-baru ini.
Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata imunisasi itu akan diberikan secara berperingkat bagi memastikan Sabah bebas daripada polio.
Beliau berkata bagi mencapai matlamat itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan memperluaskan kempen imunisasi ke seluruh daerah di Sabah terutamanya di kawasan yang berisiko.
"Objektif utama kempen ini adalah untuk semua kanak-kanak di bawah lima tahun diberikan imunisasi secara oral seterusnya mencegah kejadian jangkitan penyakit polio di Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Imunisasi Polio (KIP) 2019/2020 di Dewan Taman Telipok Ria, di sini pada Jumaat.
Poon berkata kempen yang bermula pada Jumaat telah memberikan imunisasi polio kepada lebih 1,000 kanak-kanak di kawasan itu.
Sementara itu, Pengarah JKNS Datuk Christina Rundi berkata jabatan itu menyasarkan menjelang Jun tahun depan setiap kanak-kanak di Sabah telah diberikan sebanyak dua dos imunisasi polio.
Beliau berkata imunisasi polio secara oral akan diberikan selang empat minggu antara dos pertama dan kedua.
Sementara itu, penduduk taman berkenaan, Darna Amir, 33, berkata dia mendapatkan imunisasi polio untuk anaknya yang berumur 11 bulan.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata walaupun sebelum ini anaknya telah menerima vaksin itu, namun imunisasi polio pada kali ini adalah sebagai imunisasi tambahan kepada anaknya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 27 2019
Objektif utama kempen ini adalah untuk semua kanak-kanak di bawah lima tahun diberikan imunisasi secara oral seterusnya mencegah kejadian jangkitan penyakit polio di Sabah. - Gambar hiasan
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Imunisasi oral polio diberi pada kanak-kanak bawah lima tahun di Sabah
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan memperluaskan kempen imunisasi ke seluruh daerah di Sabah terutamanya di kawasan yang berisiko.