Ketika Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang dalam pertimbangan menggantikan jet-jet pejuangnya yang kini telah berusia, mereka telah menjadi tumpuan pengeluar jet dari seluruh dunia di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA'19).
Bagaimanapun beberapa peristiwa telah membantu meletakkan pengeluar jet dari negara-negara Asia dan jet-jet mereka berada dalam pilihan, termasuklah jet Tejas buatan Hindustani Aeronautics Ltd dari India, JF-17 buatan Sino-Pakistani dari Pakistan dan FA-50 buatan Korea Aerospace Industry.
Pengeluar pilihan dari Eropah - BAE System dengan jet mereka Typhoon, Dessault Aviation (Rafale) dan Saab (Gripen) kini kurang mendapat perhatian selepas Malaysia menyatakan kemungkinan memikirkan semula pembelian daripada negara Eropah, selepas Kesatuan Eropah mempertimbangkan larangan penggunaan minyak kelapa sawit dalam bahan bio-fuel.
Bersempena dengan LIMA'19, Bernama bertemu dengan dua pengeluar jet Asia yang bersedia untuk membantu TUDM dalam proses pengantian jet pejuangnya.
Tejas dalam bahasa Sanskrit bermaksud 'bahang' merupakan pesawat tempur ringan (LCA) yang dibangunkan pembuat jet India, Hindustan Aeronautics dan merupakan pesawat supersonik kedua dihasilkan syarikat tersebut selepas HF-24 Marut.
Pengerusi dan Pengarah Urusan Hindustan Aeronautics R. Madhavan percaya Tejas mempunyai semua yang diperlukan bagi menjadi pengganti kepada jet pejuang sedia ada di TUDM.
"Saya percaya kami boleh menawarkan pakej terbaik untuk Malaysia, kami adalah syarikat pembuat terbesar di rantau ini untuk aeronatik dan aeroangkasa, dan kami mempunyai pelbagai rangkaian produk yang boleh disediakan untuk Malaysia.
"Angkatan Tentera Udara India telah menggunakan Tejas sejak 2016 dan kami juga menerima lebih daripada 120 cadangan untuk mengantikan jet lama mereka, menunggu arahan daripada mereka," katanya kepada Bernama di LIMA'19.
Tejas muncul buat kali pertama di LIMA'19 dan menandakan penampilannya buat kali pertama di Asia Tenggara.
Selasa lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil kesempatan untuk melihat jet tersebut secara dekat, ketika lawatannya di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri.
Apa yang lebih menarik lagi, Madhavan berkata, syarikat yang berpusat di Bangalore itu boleh membina jet berkenaan mengikut spesifikasi yang Malaysia mahukan.
Dikenali sebagai pesawat moden dibina oleh India, Tejas merupakan pesawat satu enjin dan boleh terbang pada kelajuan supersonik dan melebihi 50,000 kaki (15,000 meter). Pesawat perang tangkas ini dilengkapi dengan pelbagai sistem persenjataan termasuklah misil jarak jauh, bom, misil jarak dekat, bom dengan sistem berpandu laser, tangki minyak tambahan dan pod laser.
Sementara itu, seorang jurucakap dari Korea Aerospace Industries (KAI) berkata, jet ringan FA-50 yang dibina syarikat itu adalah jet terbaik bagi mengantikan pesawat Malaysia sedia ada.
Katanya, syarikat Korea Selatan itu juga telah memberikan informasi mengenai pesawat tersebut kepada kerajaan Malaysia.
"Kami tahu mengenai keadaan jet pejuang Malaysia dan kami telah memberikan cadangan kepada kerajaan (Malaysia) dengan semua informasi. Pada masa ini, kami hanya boleh harapkan yang terbaik," katanya.
Sejak memasuki perkhidmatan pada 2005, lebih 200 unit pesawat FA-50 dan derivatifnya telah dijual kepada negara seperti Indonesia, Filipina, Iraq dan Thailand.
Jet FA-50, dibangunkan bersama KAI dan Lockheed Martin Aeronautics dari Amerika Syarikat.
Jun lepas, Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Affendi Buang mendedahkan lebih 40 peratus asetnya perlu dinaik taraf kerana melepasi had usia 20 tahun.
Aset ini termasuklah pesawat Hawk buatan BAE yang telah berada di dalam perkhidmatan selama 25 tahun, jet pejuan buatan Amerika Syarikat Boing F/A-18D Hornet (20 tahun) dan juga Sukhoi Su-30MKM Flankers buatan Russia (10 tahun).
LIMA'19 berakhir pada Sabtu dengan penyertaan 406 syarikat -206 tempatan dan 200 asing - kebanyakannya berkaitan dengan industri pertahanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2019
Dua anggota Pasukan Khas Udara TUDM (PASKAU) mengawal pesawat ketika pertunjukan udara pada pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA'19) edisi ke-15 di MIEC pada Sabtu. - Bernama
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Pakistan sambut Aidilfitri hari ini, Bangladesh dan India rai Khamis
Umat Islam di Pakistan dan Sri Lanka meraikan Aidilfitri pada Rabu manakala mereka yang berada di Bangladesh dan sebahagian besar India akan menyambut perayaan itu Khamis.
15 pekerja maut bas terjunam dalam lombong di tengah India
Sekurang-kurangnya 15 pekerja terbunuh selepas bas yang membawa mereka terjunam ke dalam lombong di tengah India pada Selasa malam.
Harimau Muda atasi India 2-1
Skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan menundukkan India 2-1 pada aksi persahabatan tertutup di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.
Doktor terpendek di dunia
Tiada siapa sangka seorang lelaki di India dinobatkan doktor terpendek di dunia apabila hanya mempunyai ketinggian tiga kaki atau 91 sentimeter.
Zii Jia dedah resipi kalahkan bekas juara dunia
Dalam aksi di Birmingham itu, Zii Jia memperagakan aksi bertenaga untuk menundukkan juara dunia 2021 dalam masa 33 minit permainan.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
Pelan Tindakan Masyarakat India akan diteliti semula
Satu sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk kumpulan fokus akan diadakan bulan ini.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Ahli politik antara 2 ditembak mati di India
Presiden parti INLD, Nafe Singh Rathee sedang menaiki kenderaan apabila penyerang yang tidak dikenali melepaskan tembakan rambang ke arah kenderaannya.