Ramai yang menyangka menyimpan atau membawa senjata seperti pisau kecil atau kayu untuk tujuan keselamatan adalah perkara biasa tanpa menyedari perbuatan itu boleh menyebabkan mereka merengkok dalam penjara.
Seorang peguam, Faizal Rahman memberitahu Bernama, individu yang memiliki, membawa atau menyimpan senjata walaupun hanya sebilah pisau kecil tanpa sebab sah dan alasan munasabah termasuk alasan untuk melindungi diri, boleh didakwa di bawah Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan boleh juga disebat, jika didapati bersalah.
Faizal berkata Malaysia bukanlah sebuah negara yang kadar jenayahnya tinggi sehingga memerlukan seseorang individu itu melengkapkan diri dengan senjata apabila keluar rumah.
"Jangan beri alasan bawa senjata untuk keselamatan diri, itu tidak boleh. Negara kita bukan macam sesetengah negara luar yang tidak selamat apabila pistol boleh digunakan sewenang-wenangnya, akses pada pasukan keselamatan juga senang dan banyak, alasan membawa senjata untuk lindungi diri tidak boleh diterima," katanya.
Faizal mengulas perkara itu susulan pelbagai pandangan umum yang mempersoalkan hukuman penjara ke atas individu yang memiliki senjata walaupun mendakwa ia untuk melindungi diri selain kebimbangan individu seperti pekebun atau tukang rumah yang terpaksa membawa pisau atau parang untuk tujuan pekerjaan.
Terbaru, pada Ogos lepas, seorang pencuci kereta dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah memiliki sebilah pisau pemotong daging berukuran 25 sentimeter tanpa kebenaran.
Faizal menjelaskan akta tersebut adalah perlu bagi mencegah kes jenayah bersenjata termasuk pecah rumah, samun, rompakan, peras ugut dan aktiviti kumpulan kongsi gelap.
"Namun tindakan penguatkuasaan atau sebarang penahanan individu perlu dilakukan dengan teliti agar tiada penganiayaan berlaku kepada individu yang tidak bersalah," katanya.
Mengulas lanjut perkara itu, seorang timbalan pendakwa raya di Jabatan Peguam Negara berkata masih ramai yang tidak memahami perkara itu dan menyifatkan pihak polis dan pihak pendakwaan bertindak sewenang-wenangnya dengan menahan seseorang individu yang memiliki pisau atau senjata lain dan mendakwanya di mahkamah.
"Pihak pendakwaan tidak sewenang-wenangnya mendakwa mereka yang ada pisau atau apa-apa senjata sekiranya terdapat penjelasan yang munasabah. Sebagai contoh, seorang lelaki ditahan pada jam 3 pagi, dengan pisau rambo atau parang di hadapan Dataran Maybank.
"Sewaktu tangkapan, lelaki itu mendakwa senjata tersebut digunakan untuk ke kebun di Rawang.
"Persoalannya, apa yang lelaki itu buat di Dataran Maybank dengan pisau atau parang tersebut pada jam 3 pagi sedangkan dia sepatutnya ke Rawang?," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya itu berkata seseorang individu yang memiliki apa-apa senjata yang disenaraikan sebagai senjata berjadual seperti pisau, parang, pedang, kerambit, tombak, buku lima, kapak kecil dan sebagainya tanpa sebab yang sah boleh didakwa di bawah akta tersebut.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam untuk membawa senjata dengan tujuan yang betul dan juga tidak memberi alasan membawa senjata kononnya untuk keselamatan diri.
"Bawalah senjata dengan tujuan. Kalau kata nak pergi ke kebun hari ini barulah bawa senjata itu masuk ke dalam kereta hari ini. Bukan nak pergi kebun hari Sabtu tetapi hari Isnin sebelumnya dah simpan dalam kereta, ia boleh menimbulkan curiga kepada pihak berkuasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2017
Rakyat Malaysia tidak boleh sewenang-wenangnya membawa senjata di dalam kereta bagi tujuan keselamatan. - Gambar hiasan
Kedaulatan Digital: Astro gesa kerajaan semak undang-undang kukuh kuasa penguatkuasaan
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu agensi berkaitan bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tiga anggota polis direman kes rasuah pemandu lori
Tiga anggota polis direman empat hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemandu lori di Mersing.
DOSM tambah 300 kaunter daftar PADU
Jabatan Perangkaan menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara dalam memastikan proses mengemas kini maklumat dalam sistem PADU lancar.
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
India bantah keras kenyataan AS berhubung penahanan Ketua Menteri Delhi
Pandangan negara luar berhubung penahanan Kejriwal dilihat telah merisaukan Kerajaan India.
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Individu bawa senjata untuk keselamatan diri boleh dipenjara?
Ramai yang menyangka menyimpan atau membawa senjata seperti pisau kecil atau kayu untuk tujuan keselamatan adalah perkara biasa tanpa menyedari perbuatan itu boleh menyebabkan mereka merengkok dalam p