Indonesia telah mengambil tindakan serius untuk mengelakkan masalah jerebu merentas sempadan daripada berlaku tahun ini ekoran pembakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata jaminan itu diberikan oleh Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia Dr Siti Nurbaya Bakar.
Katanya jaminan itu diberikan ketika mesyuarat dua hala antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo di Jakarta awal minggu ini.
Wan Junaidi berkata demikian kepada media di sini selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM99,000 kepada 34 pertubuhan dan persatuan.
Pada masa sama, isterinya Datin Seri Foena Junaidi turut menyampaikan sumbangan RM5,400 daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) kepada sembilan pelajar .
Wan Junaidi berkata Siti Nurbaya turut memaklumkan kepadanya kerajaan Indonesia telah menarik balik banyak konsesi balak sebagai tindakan tegas mereka.
"Sebagai tambahan, Indonesia, menurut Siti Nurbaya, turut sedia menggerakkan kira-kira 3,000 anggota tentera dan polis untuk memantau serta mengambil tindakan segera memadamkan kebakaran hutan," katanya.
Beliau berkata Indonesia memandang serius masalah itu kerana rakyatnya turut terjejas teruk apabila jerebu berlaku.
Mengenai Sidang Kemuncak Hutan Tropika di Brunei awal minggu ini yang dihadirinya, Wan Junaidi berkata usaha Malaysia melindungi dan memulihara hutan menerusi pengurusan hutan mampan mendapat penghormatan darpada sembilan negara yang menghadirinya.
Ia juga meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang baik bagi mendapatkan dana Perubahan Iklim dari negara membangun untuk melakukan lebih banyak program pemulihan dan pemuliharaan, katanya.
Sementara itu, katanya, beberapa negara Pasifik Selatan seperti Fiji, Timor Leste dan Kepulauan Solomon juga berminat mempelajari sistem pengurusan hutan mampan yang diguna pakai di Malaysia, bagi melindungi mereka daripada cuaca yang buruk berikutan perubahan iklim.
Katanya usaha Malaysia menerusi projek Heart of Borneo (HOB) membabitkan Sarawak dan Sabah (serta Brunei dan Indonesia) dan Projek Central Forest Spine di Semenanjung membolehkannya memulihara dan juga meluaskan kawasan hutan tropika dan habitat semula jadi hidupan liar.
"Keseluruhan HOB akan membolehkan dunia memiliki 200 juta hektar hutan tropika apabila dilaksanakan sepenuhnya.
"Jumlah keseluruhan kawasan hutan menerusi HOB dan Central Forest Spine (menguruskan kawasan hutan yang kecil berikutan proses pembangunan) kini berada pada tahap 55.36 peratus dan mampu mencapai 60 peratus daripada keseluruhan kawasan itu pada masa hadapan," katanya.
Bernama
Fri Aug 05 2016
Indonesia telah mengambil tindakan serius untuk mengelakkan masalah jerebu merentas sempadan daripada berlaku tahun ini ekoran pembakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera. -Gambar fail
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Presiden Jokowi lawat pasar di Wilayah Jambi
Jokowi menekankan kepentingan menambah baik pasar untuk kesejahteraan peniaga dan keperluan memantau harga barangan keperluan.
Indonesia lantik menteri baharu ganti Mahfud MD
Presiden Joko Widodo menamakan Hadi Tjahjanto sebagai Menteri Penyelaras Politik, Perundangan dan Keselamatan yang baharu bagi menganggotai Kabinet yang berbaki lapan bulan sehingga Oktober 2024.
Pemilu 2024: Indonesia perlu tingkat hubungan perniagaan, pelaburan bersama Malaysia - Anies
Hubungan perniagaan, pelaburan dan perdagangan antara perusahaan di Malaysia dan Indonesia boleh ditingkatkan lagi.
Pemilu 2024: Jokowi selesai mengundi di TPS Gambir
Jokowi berkata, ini pesta demokrasi rakyat Indonesia, jadi beliau mengharapkan agar pemilihan hari ini berjalan lancar dan aman.
Pemilu 2024: Pilihan raya paling mencabar selepas Reformasi 1998 - Penganalisis
Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 merupakan pilihan raya paling menarik dan mencabar untuk diperhatikan, selepas Reformasi 1998 di Indonesia.
Isu dinasti politik Jokowi jadi tumpuan Pemilu 2024 - Penganalisis
Isu dinasti politik yang dilihat cuba diusahakan oleh Presiden Joko Widodo terus menjadi tumpuan dalam Pemilihan Umum (Pemilu) 2024.
Pemilu 2024 dijangka berlangsung sebanyak dua pusingan - Lingkar Madani
Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 dijangka berlangsung sebanyak dua pusingan.
Lawatan Mohamad bukti hubungan rapat, komprehensif Malaysia-Indonesia
Lawatan rasmi sulung Menteri Luar ke Jakarta merupakan bukti kepada hubungan akrab dan komprehensif antara Malaysia dan Indonesia.
Malaysia, Indonesia eratkan kerjasama ekonomi, tangani isu serantau
Antara yang disentuh dalam pertemuan itu adalah mempergiatkan semula aktiviti perdagangan sempadan di Tebedu dan Entikong.