Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa perbelanjaan pengangkutan merupakan item perbelanjaan yang terbesar selepas perbelanjaan perumahan.

Bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Berikut merupakan ringkasan insentif bagi sistem pengangkutan awam:


Belanjawan 2019