Tutup

Ini amaran menteri kepada pengusaha premis penginapan pelancong

Ini amaran menteri kepada pengusaha premis penginapan pelancong
MOHAMADDIN: Tidak perlu kerajaan beritahu. Anda kena buat!
PUTRAJAYA: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Mohamaddin Ketapi memberi amaran kepada semua pengusaha penginapan pelancong supaya meningkatkan kawalan keselamatan di premis penginapan masing-masing.

Beliau menegaskan, ia merupakan perkara logik akal yang perlu dilakukan oleh para pengusaha penginapan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada tetamu yang juga pelanggan mereka.
"Kalau anda (pengusaha tempat penginapan) hendak buat perniagaan penginapan dan sebagainya, dan anda ingin orang ramai menetap di tempat anda, anda kena pasang kamera litar tertutup (CCTV) atau anda berhutang tanggungjawab untuk menjaga mereka yang menetap di tempat anda.

"Ia adalah logik akal. Anda kena lakukannya. Tidak perlu kerajaan beritahu. Anda kena buat. Anda mengajak orang untuk tinggal ditempat anda, jadi anda perlu tawarkan fasiliti yang baik termasuk CCTV.
"Kalau tidak, anda dikira mengabaikan mereka. Anda bertanggungjawab untuk menjaga mereka yang menginap di hotel anda," katanya pada sidang media pengumuman Prestasi Pelancongan Domestik 2018 di pejabatnya di sini pada Khamis.



Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan tahap keselamatan yang perlu diambil oleh para pengusaha tempat penginapan pelancong susulan kematian remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin.

Sementara itu, Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Isham Ishak menegaskan bahawa pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada semua pejabat MOTAC negeri pada Rabu untuk membuat pemantauan di semua premis-premis penginapan pelancong.

"Selain menyarankan untuk mereka (pengusaha) memasang CCTV, pihak kami turut menggalakkan supaya kawalan keselamatan di premis-premis tersebut dipertingkatkan.

"Usaha ini kita sedang jalankan dalam masa terdekat untuk memastikan keyakinan pelancong kepada tempat-tempat pelancongan tidak tergugat," katanya pada sidang media sama.

Bagaimanapun, ketetapan untuk mewajibkan pengusaha premis penginapan pelancong memasang  tidak terletak dalam bidang kuasa MOTAC sebaliknya dibawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).



Tag: pelancongan, pelancong, CCTV, keselamatan, Datuk Mohamaddin Ketapi, menteri MOTAC, MOTAC



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.