Pasti ramai yang ingin tahu apakah fungsi Hospital Rehabilitasi. Adakah ia sama seperti hospital biasa yang merawat pesakit?

Ya, umumnya ia sama seperti hospital biasa yang merawat pesakit tetapi Hospital Rehabilitasi secara khususnya memulihkan pesakit selepas mengalami kecederaan atau penyakit yang mengehadkan aktiviti harian.

Proses rehabilitasi merangkumi penjagaan, rawatan dan sokongan yang diperlukan untuk membolehkan seseorang pesakit berdikari sendiri.

Ini enam fakta menarik tentang Hospital Rehabilitasi di negara ini;

Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang menerima rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras susulan kecederaan di bahu kanannya.

Sebelum ini, doktor yang merawat Anwar, Datuk Dr S Jeyaindran mengesahkan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu dalam keadaan baik.