Bajet 2017 menyaksikan peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) dikurangkan sebanyak RM4.4 bilion.

JPM menerima peruntukan RM15.9 bilion, berbanding RM20.3 bilion yang diperuntukkan dalam Bajet 2016.

Jika diteliti, ia merupakan pemotongan terbesar di bawah Bajet 2017 berbanding kementerian lain berdasarkan jumlah yang dikurangkan tersebut.


Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah di dalam rakaman temu bual bersama Agenda Awani menegaskan pemotongan tersebut adalah langkah yang perlu.

Ikuti temu bual penuh beliau yang bakal disiarkan di saluran 501 Astro AWANI pada pukul 8.30 malam ini.