Jika anda terlepas sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pada Isnin, ini apa yang perlu tahu.

FAKTA UTAMA ANDA PERLU TAHU

1. Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 69,507 pemeriksaan dan menahan 43 individu pada 31 Mei 2020.

2. Jumlah kumulatif tapak binaan yang telah diperiksa oleh CIDB adalah 6,000 tapak binaan. Daripada
jumlah itu, 934 tapak binaan didapati mematuhi SOP dan 224 tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran.

3. Ops Sanitasi Awam dibawah kawal selia Kementerian Perumahandan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac 2020 telah melakukan 7,379 operasi sanitasi merangkumi 131 zon.

4. Sehingga pukul 8 pagi 1 Jun 2020, sebanyak 186 pusat kuarantin telah beroperasi dengan 14,623 individu sedang menjalani kuarantin wajib.

5. Bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.