Berikut merupakan lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan akhbar, hari ini.

1. Seramai 93 individu atas kesalahan ditahan semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2. Daripada jumlah itu, 85 ditahan reman, manakala lapan lagi dikenakan kompaun.

3. Antara kesalahan ingkar arahan PKP yang dilakukan ialah tidak memakai pelitup muka (33), tidak menjaga penjarakan fizikal (32) dan melakukan aktiviti dalam pub atau kelab malam (14).

4. Pihak berkuasa berjaya menahan 65 pendatang asing tanpa izin (PATI), tiga tekong dan seorang penyeludup menerusi Ops Benteng.

5. Setakat 18 September, seramai 9,753 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara, manakala 71 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.