Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Ahad, 21 Jun 2020.

INI APA YANG ANDA PERLU TAHU HARI INI:

1. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 20 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah itu 10 individu telah direman manakala 10 lagi dikenakan kompaun.

2. PDRM membuat 60 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 38,474 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.

3. Sebanyak 14 warganegara asing ditahan PDRM menerusi Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen.

4. Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus.

5. Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP telah bersetuju untuk membenarkan upacara perkahwinan di rumah ibadat bagi penganut bukan Islam dilaksanakan.