Kes baharu COVID-19 di negara ini kekal dua digit dalam tempoh 24 jam yang lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Selain itu, berikut adalah lima perkara penting yang disebut dalam sidang media COVID-19 hari ini, 7 Jun 2020.

1. Sebanyak 19 kes baharu direkodkan dengan enam adalah kes import, manakala selebihnya adalah kes tempatan dengan dua kes bukan warganegara dan warganegara (11).

2. Lima kes positif COVID-19 sedang dirawat di ICU, tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

3. Tiada pertambahan kes kematian, jumlah kumulatif kes kematian kekal 117 kes.

4. PKPP: KKM seru masyarakat terus patuh SOP dan kekal waspada.

5. Kluster baharu iaitu Kluster Gombak dikesan melibatkan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.