Kes baharu COVID-19 kembali kepada angka dua digit apabila 10 kes baharu dilaporkan hari ini, kata kenyataan media daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Berikut adalah lima perkara yang anda perlu tahu mengenai kes COVID-19 di Malaysia setakat ini:

1) Kes baharu COVID-19 kembali kepada angka dua digit apabila 10 kes baharu dilaporkan hari ini.

2) Empat kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan enam kes penularan dalam negara.

3) Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini, jumlah kes kematian kekal 121 kes.

4) 14 kes pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah 8,308 kes.

5) Daripada 61,576 orang telah pulang dari luar negara sehingga 25 Jun lalu, 610 kes (1.0 peratus) dikesan positif COVID-19.