Institusi utama Malaysia menunjukkan peningkatan dalam kesemua lima bidang yang diukur dalam menentukan ranking yang dikendalikan oleh Times Higher Education (THE) iaitu pengajaran, penyelidikan, sumbangan kertas kerja (kesan sitasi), pendapatan industri dan pandangan antarabangsa.

Universiti-universiti Malaysia pada umumnya mempunyai pandangan antarabangsa yang kukuh dan mencapai tahap pendapatan industri yang agak tinggi.

Rata-rata universiti menunjukkan peningkatan dalam ranking unversiti Asia

Kedudukan 100 universiti teratas Asia

Bidang yang paling lemah bagi negara ini adalah kesan sitasi tetapi bidang ini yang menunjukkan peningkatan pada tahun ini.

Malaysia turut mendapat mata untuk produktiviti penyelidikan.

Bagaimanapun, skor Malaysia untuk peratusan pelajar antarabangsa, nisbah pelajar-kakitangan dan pendapatan bagi setiap kakitangan kesemuanya menurun.

Untuk keputusan penuh, layari laman rasmi THE.

BACA: UM berjaya mengatasi kedudukan universiti terkemuka Asia