Keberadaan salah seorang saksi pakar bagi prosiding inkues kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim iaitu Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi yang bersama di barisan Pegawai Pengendali Inkues menimbulkan soal tidak puas hati oleh wakil pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Syazlin Mansor, peguam yang mewakili kementerian itu berkata, pihaknya melihat Hafizam telah memberikan cadangan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk mengemukakan soalan terhadap saksi ke-29, Profesor Dr Shahrom Abd Wahid pada sesi prosiding yang lalu.
Sebaliknya, pihaknya menyarankan agar Hafizam untuk berada di ruangan tempat duduk awam hanya sebagai pendengar sahaja kerana perkara itu dilihat sebagai tidak wajar untuk berlaku.
“Puan hari ini saya memohon mahkamah tidak membenarkan saksi duduk di sini.
“Saya sebenarnya tiada masalah tetapi tarikh yang lalu Hafizam yang menyuruh Timbalan Pendakwa Raya (Hamdan Hamzah) mengemukakan soalan saya rasa tidak sepatutnya berlaku begitu.
“Kalau boleh Dr Hafizam hanya mendengar saya tidak ada masalah,” katanya.
Perkara itu turut menerima bantahan sama oleh pihak peguam mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Adib, Kamarulzaman Abdul Wahab yang mengatakan kredibiliti perbicaraan akan terjejas dengan keberadaan saksi itu di situ.
“Bukan begini caranya. Dari sudut kredibiliti ada isu sebab saksi berada dalam mahkamah untuk dengar saksi yang lain,” katanya kepada koroner Rofiah Mohammad.
Bagaimanapun, koroner Rofiah Mohammad sejurus mendengar hujah pihak Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah menolak permohonan tersebut dan membenarkan saksi untuk terus berada di ruangan asal yang menyifatkan Ahmad Hafizam sebagai pihak pakar yang terlibat secara langsung dalam sesi prosiding berkenaan.
Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lalu di Institut Jantung Negara.
Hilmi Malik
Tue Apr 16 2019
Dr Ahmad Hafizam (gambar) dikatakan telah memberikan cadangan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk mengemukakan soalan terhadap saksi ke-29, Profesor Dr Shahrom Abd Wahid. - Foto Astro AWANI
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi kali ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
Inkues Adib: Keberadaan saksi pakar HKL dipersoal
Kehadiran Dr Ahmad Hafizam Hasmi yang bersama di barisan Pegawai Pengendali Inkues menimbulkan soal tidak puas hati oleh wakil pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Inkues Adib: Tolak kemungkinan Adib ditolak dari arah hadapan - Pakar forensik
Dr Ahmad Hafizam Hasmi menolak kemungkinan Muhammad Adib Mohd Kassim ditolak dari arah hadapan sebelum bahagian rusuk belakang kirinya menerima impak daun pintu Van EMRS
Inkues Adib: Muhammad Adib dipercayai turun sendiri dari EMRS - Pakar forensik
Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi percaya anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim turun dengan sendirinya tanpa ditarik atau dipaksa.