Inkues Adib: Pakar fizik UiTM akan dipanggil beri keterangan

Inkues Adib: Pakar fizik UiTM akan dipanggil beri keterangan
Mahkamah Koroner Shah Alam akan memanggil seorang pakar fizik bagi membantu memberi keterangan bagi siasatab kes pelanggaran sehingga menyebabkan kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim. - Gambar fail
SHAH ALAM: Mahkamah Koroner Shah Alam telah menetapkan tarikh 16 Julai ini untuk memanggil seorang pakar fizik bagi membantu memberi keterangan berhubung teori daya pelanggaran melibatkan dua kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) terhadap anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Koroner Rofiah Mohammad memaklumkan saksi ke-30 itu ialah Dr Amir Radzi Ab Ghani dari Universiti Teknologi Mara akan dipanggil untuk memberi keterangan pada tarikh berkenaan.
"Saksi ini perlu bersedia untuk bantu mahkamah dari segi persoalan dan apa yang diperlukan pada tarikh 16 dan 17 (Julai)," katanya kepada pasukan pegawai pengendali dan peguam mewakili keluarga Muhammad Adib.

Menyentuh mengenai keperluan untuk memanggil pakar forensik pula, beliau berkata, tiada sebarang keperluan lagi buat masa ini sehingga selesai keterangan saksi ke-30.

Pakar fizik yang dipanggil ini juga tidak mempunyai sebarang isu kepentingan terhadap inkues yang sebelum ini menjadi pertikaian dua saksi pakar iaitu Dr Ahmad Hafizam Hasmi dan Prof Dr Shahrom Abdul Wahid.

Setakat ini seramai 29 saksi telah dipanggil memberi keterangan merangkumi saksi pakar dan saksi awam berhubung kematian Allahyarham Muhammad Adib yang meninggal dunia pada 17 Disember 2018 selepas 21 hari dirawat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

BACA: Inkues Adib: 'Metodologi pakar forensik HKL salah'

B
ACA: 'Tindakan conteng mural Muhammad Adib tidak waras' - KP Bomba

Tag: Inkues Adib, Pakar fizik UiTM akan dipanggil beri keterangan, Mahkamah Koroner Shah Alam, Muhammad Adib Mohd Kassim


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.