Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa polis memohon maaf berhubung insiden seorang doktor lelaki yang didakwa dikasari sepasukan polis di Hospital Serdang pada 7 Okt lepas.
Presidennya, Dr John Chew berkata Dr R. Thanendran Renganathan menjadi mangsa kesilapan polis selepas beliau melarikan diri daripada anggota pasukan keselamatan itu ketika diarahkan berhenti.
"Kami mahukan permohonan maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan, walaupun selama ini kami berdiam diri kerana semua doktor berhati mulia.
"Bagaimanapun, tiada permohonan maaf yang dikemukakan. Kami faham dengan kekesalan yang diluahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Namun MMA tetap membantah kenyataan itu dan kekal dengan pendirian Kementerian Kesihatan untuk memastikan keselamatan pegawai kesihatannya dalam premis mereka," kata Dr Chew.
Semalam, Khalid menyatakan kekesalannya dalam insiden di mana Pasukan Khas Unit Jenayah Terancang telah didakwa mengasari seorang pegawai perubatan di Hospital Serdang.
Bagaimanapun, Khalid menegaskan polis tidak akan memohon maaf atas insiden itu dan mempertahankan pasukan tersebut yang telah melakukan tugas dengan betul.
"Pasukan Khas itu sedang memburu suspek bersenjata dan mereka perlu menjalankan tugas dan mempunyai cara tersendiri mengendalikan penjenayah.
Doktor itu berlari ketika diminta berhenti.
"Apabila anda diminta berhenti, anda perlu berhenti," kata Khalid. - BERNAMA
Bernama
Sat Oct 22 2016
Dr R. Thanendran menjadi mangsa kesilapan polis selepas beliau melarikan diri daripada anggota pasukan keselamatan itu ketika diarahkan berhenti. - Gambar fail
Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata buat masa ini, pasaran saham masih berada dalam keadaan yang stabil.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata buat masa ini, pasaran saham masih berada dalam keadaan yang stabil.
Pelajar meninggal dunia ketika acara larian rentas desa
Seorang pelajar Tingkatan 2 meninggal dunia ketika menyertai acara larian merentas desa peringkat sekolah di Kuala Pilah, pada Jumaat.
Pemandu bas langgar 11 kenderaan direman
Pemandu bas yang merempuh 11 kenderaan di persimpangan lampu Isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang di Johor pada Khamis, direman empat hari sehingga Isnin.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Konflik Israel-Iran: Wisma Putra pantau situasi di Timur Tengah
Susulan ketegangan yang berlaku di antara Israel dan Iran, Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata ia akan terus memantau situasi di Timur Tengah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Izara Aishah pilih tawaran berlakon, hanya filem dan drama bersesuaian - “Jalan cerita sekarang, saya tak minat”
Pelakon Izara Aishah mendedahkan dia ada menerima beberapa tawaran untuk anak perempuan sulungnya iaitu Irisa Alaia yang kini berusia empat tahun.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Insiden 'salah identiti' di Hospital Serdang: MMA gesa polis mohon maaf
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa polis memohon maaf berhubung insiden seorang doktor lelaki dikasari sepasukan polis di Hospital Serdang pada 7 Okt lepas.