KECOH satu dunia termasuk pengguna di Malaysia apabila aplikasi media sosial Facebook, Instagram dan WhatsApp tidak berfungsi seperti kelazimannya.

'Kehidupan'sebilangan besar pengguna tegar seakan tidak lengkap dengan gangguan teknikal itu.

Bahkan, ada juga yang risau dan gusar hanya kerana aplikasi media sosial itu seakan 'mengganggu'urusan kehidupan seharian mereka.

Antara masalah yang dikesan sejak beberapa jam lepas ialah, tiada posting terbaharu yang dapat dimuat naik di ketiga-tiga platform berkenaan.

Pengguna juga tidak boleh menghantar sebarang gambar dan video di aplikasi WhatsApp.

Berikutan itu, rata-rata pengguna meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati di laman Twitter.

Astro AWANI sertakan beberapa luahan netizen:




Instagram juga dikatakan sedang berusaha untuk memperbaiki masalah ini.




BACA: Facebook alami gangguan terbesar, Whatsapp, Instagram turut terkesan