Malaysia berasa dukacita apabila kumpulan militan IS dikaitkan dengan Islam, agama yang menggalakkan umatnya untuk hidup dalam keadaan aman dan penuh harmoni, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata Islam, agama rasmi Malaysia, tidak menggalakkan umatnya melakukan kezaliman, sebaliknya mengajar mereka supaya saling hormat menghormati.
"Kami hidup bersama-sama dengan penuh harmoni di dalam negara yang berbilang kaum ini. Meskipun merupakan sebuah negara majoriti penduduknya beragama Islam dengan Islam sebagai agama rasmi, terdapat kira-kira 40 peratus daripada penduduk di negara ini yang bebas mengamalkan agama lain seperti Buddha, Kristian, Hindu, Tao dan banyak lagi.
"Selain itu, terdapat juga pelbagai kumpulan etnik tetapi kami masih boleh hidup bersama-sama dan membina sebuah negara yang bergerak maju untuk memastikan kejayaan Malaysia dalam setiap aspek," katanya dalam ucapan alu-aluannya pada majlis makan malam Forum Kecemasan Perubatan, Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia ke-9 di sini malam ini.
Majlis makan malam itu dihadiri 82 perwakilan dari 22 negara termasuk Kemboja, Rusia, Filipina dan Indonesia.
Delegasi Malaysia diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO.
Tengku Adnan berharap forum itu akan membawa hasil perbincangan yang bernas dalam memperjuangkan tujuan murni untuk memanfaatkan keamanan dan perpaduan.
"Saya pasti banyak idea yang menarik, pengalaman dan buah fikiran dapat dikongsi sepanjang program tiga hari ini berlangsung," katanya.
Mesyuarat tiga hari bermula semalam itu memberi peluang kepada Malaysia untuk mempelajari cara negara lain mengurus bencana, terutamanya di Filipina, Indonesia, Korea dan Jepun.
Beberapa kertas kerja akan dibentangkan oleh wakil dari negara yang mengalami kemusnahan alam sekitar akibat tsunami, gempa bumi, letusan gunung berapi dan tanah runtuh.
Bernama
Mon Mar 02 2015
Islam, agama rasmi Malaysia, tidak menggalakkan umatnya melakukan kezaliman, sebaliknya mengajar mereka supaya saling hormat menghormati. -Gambar fail
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Pekebun durian musang king gagal dapat kebenaran semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi tolak permohoan pekebun musang king untuk semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Inspektor polis ditahan disyaki lakukan amang seksual fizikal
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual fizikal
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
[TERKINI] Pang Sock Tao diangkat jadi calon Kerajaan Perpaduan di Kuala Kubu Baharu
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Mendiang Sivasutan sumber kebahagiaan keluarga
Juruterbang Pesawat Fennec (M502-6), mendiang Leftenan T. Sivasutan, 31, adalah sumber kebahagiaan dan simbol kejayaan keluarga pasangan bekas guru, M. Thanjappan, 61 dan isterinya, R. Paramesvary, 60.
Menurut Thanajappan, sebagai anak lelaki tunggal, mendiang tidak pernah meninggikan suara atau menolak apa sahaja permintaan keluarga.
Menurut Thanajappan, sebagai anak lelaki tunggal, mendiang tidak pernah meninggikan suara atau menolak apa sahaja permintaan keluarga.
Anak tidak putus-putus Panggil ‘’daddy’’ di pengebumian
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih di Batu Caves, Selangor...
Anak kecil Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, tidak putus-putus memanggil "Daddy".
Bergenang air mata ahli keluarga dan anggota tentera yang hadir melihat raut wajah dan panggilan manja Wan Alyan Riz yang hanya berusia empat tahun.
Di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih di Batu Caves, Selangor...
Anak kecil Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, tidak putus-putus memanggil "Daddy".
Bergenang air mata ahli keluarga dan anggota tentera yang hadir melihat raut wajah dan panggilan manja Wan Alyan Riz yang hanya berusia empat tahun.
Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat dikebumikan
Jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli 44 tahun yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, selamat dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong, Pulau Pinang pada Rabu malam.
Ketua PBB gerakkan pemimpin global untuk tindakan iklim menjelang 2025
PBB melancarkan inisiatif Janji Iklim 2025 pada Selasa, usaha bersepadu global untuk mencegah suhu daripada meningkat melebihi 1.5 darjah Celsius seperti yang termaktub dalam Perjanjian Paris.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).