Tutup

Istana Kelantan tarik balik darjah kerabat Tun Dr Mahathir

Istana Kelantan tarik balik darjah kerabat Tun Dr Mahathir
Mahathir menerima darjah kebesaran berkenaan pada 2002. - Gambar fail
KOTA BHARU: Istana Kelantan menarik balik Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Al-Yunusi) yang dianugerahkan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkuatkuasa Selasa lepas.

Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat ketika dihubungi mengesahkan penarikan balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Dr Mahathir pada 2002.
Beliau bagaimana pun tidak menyatakan alasan penarikan balik darjah berkenaan namun penarikan itu telah dimaklumkan kepada Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Semalam, Istana Kelantan menarik balik gelaran 'Datuk' yang dikurniakan kepada Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Husam Musa dan Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abd Rahim Wan Abdullah.
Darjah yang ditarik balik daripada kedua-dua pemimpin politik itu ialah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II).

-- BERNAMA