Pihak Istana Negara hari ini menerima keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan menerima keputusan rasmi itu daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah pada pukul 2.45 petang di Istana Negara.
Sebelum itu pada kira-kira 1.38 tengah hari, Nik Mohd menerima warkah pemakluman yang ditandatangani oleh ketua pemimpin Pakatan Harapan yang bersepakat menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri yang ketujuh.
“Kedua-dua dokumen yang diterima ini akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan bagi mengadakan Istiadat Angkat Sumpah bagi jawatan perdana menteri pada masa yang terdekat ini,” kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 10 2018
Istana Negara terima keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara. -Foto fail/Bernama
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Tun M jalani proses pemulihan di IJN
Jurucakap Tun M memberitahu, belum dapat dipastikan bila bekas Perdana Menteri itu akan dibenarkan discaj.
Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.
Dr Mahathir terima rawatan di IJN akibat jangkitan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang menerima rawatan akibat jangkitan di Institut Jantung Negara (IJN).
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' dirujuk ke TPR
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' di Istana Negara telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
Siasatan SPRM ke atas Mokhzani didakwa ada kaitan dengan Tun M
Siasatan SPRM terhadap Tan Sri Mokhzani dipercayai ada kaitan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan bapanya, yang juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kertas siasatan kenyataan Dr Mahathir dijangka dirujuk kepada AGC tiga ke empat hari lagi - KPN
Beliau juga menafikan kenyataan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu yang mendakwa disoal siasat umpama seorang penjenayah dan berkata polis hanya menjalankan tugas dengan meneruskan siasatan.
Tun M harus muhasabah, tinggalkan legasi murni - Fahmi
Menteri Komunikasi nasihat bekas PM agar tidak keluarkan kenyataan yang boleh menakutkan rakyat.
AMK buat laporan polis terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir
Laporan itu dibuat oleh Ahli Majlis Kepimpinan AMK Pusat M. Sathasivam di Balai Polis Travers.
SPRM panggil anak Mahathir, Mirzan berhubung siasatan pengubahan wang haram
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyiasat anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mirzan berhubung dakwaan pengubahan wang haram.