Isteri 'digoda' lelaki lain, pekerja pos buat laporan polis

Isteri 'digoda' lelaki lain, pekerja pos buat laporan polis
Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang lelaki mengenai isterinya diganggu seorang penjawat awam dengan menghantar mesej berbaur lucah.
KUALA LUMPUR: Polis hari ini mengesahkan tekah menerima laporan mengenai seorang penjawat awam yang mengganggu isteri seorang posmen.

Menurut Ketua Polis Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof ketika ini kertas siasatan telah dibuka dan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Terdahulu, sebuah portal berita tempatan melaporkan seorang posmen membuat aduan kepada polis mendakwa isterinya digoda anggota keselamatan yang dipercayai bertugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur.

Lelaki itu berkata, setakat ini dua laporan polis dibuat ke atas lelaki terbabit, masing-masing pada Ogos 2018 dan Febuari lalu.

Menurut lelaki terbabit, dalam laporan pertamanya dia mendakwa isterinya dan tertuduh bertemu kali pertama di Pulapol pada 2014 ketika menyertai latihan Muay Thai di sana.

Katanya, si isteri yang berusia 32 tahun mengaku bahawa suspek menghantar mesej berbaur lucah melalui aplikasi WhatsApp dan insiden itu didedahkan kepada ibunya pada 2014.

Lelaki itu mendakwa tertuduh terus-menerus mengganggu isterinya sehingga kini.



Tag: penjawat awam, Polis, 498 Kanun Keseksaan, Ketua Polis Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, posmen, mesej berbaur lucah, WhatsApp


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.