Seorang wanita dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah bersubahat membunuh suaminya lima tahun lalu.
Hakim Datuk Norcahaya Arshad berkata kes tersebut telah berjaya dibuktikan melampaui keraguan munasabah bahawa Ling Hang Tsyr, 36, bersubahat dalam pembunuhan suaminya, Wong Jing Kui, 31, di rumah mereka di Jalan Ulu Sungai Merah pada 1.30 pagi, 14 Jun 2012.
"Tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, disabitkan pertuduhan dan dijatuhi hukuman mati dengan digantung di leher sehingga mati," katanya.
Ling dilihat menundukkan kepalanya ketika hukuman dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Kerani bank bahagian pemulihan kredit itu didakwa melakukan kesalahan tersebut dengan teman lelakinya, Tiong King Guan, 31.
Norcahaya berkata antara alasan bagi sabitan itu ialah Ling dan Tiong dilihat lebih daripada kawan biasa seperti yang dibuktikan melalui penghantaran khidmat pesanan ringkas atau SMS dan panggilan yang kerap dilakukan antara mereka.
Hakim berkata ini mengetepikan dakwaan tertuduh bahawa komunikasi antara mereka hanyalah sekadar hubungan antara pelanggan dan bank.
"Sekurang-kurangnya terdapat 20 SMS sehari. Tiada apa yang menunjukkan dia melakukan perkara yang sama kepada pelanggannya yang lain," katanya, dan menambah komunikasi yang kerap itu menunjukkan hubungan mereka bukan sekadar rakan.
Tertuduh pertama, Ling Hoe Ing, 28, telah didakwa dan disabitkan di bawah pertuduhan pilihan, mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat selepas dia mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 16 tahun pada 1 Okt 2013.
Norcahaya berkata tertuduh telah membantu dan bersubahat dalam pembunuhan itu dengan membantu menyalurkan maklumat mengenai pintu bilik tidur yang tidak berkunci kepada Tiong, yang kemudian mengarahkan Hoe Ing melakukan pembunuhan itu melalui SMS.
Beliau berkata pembunuhan itu dilakukan selepas mangsa meneruskan hasrat untuk menceraikannya.
Sebelum ini, Ling dan Tiong dilepas tanpa dibebaskan mahkamah atas pertuduhan bersubahat membunuh.
Bagaimanapun pihak pendakwaan mengemukakan rayuan pada 10 Feb 2015, di Mahkamah Rayuan dan pertuduhan terhadap mereka dikembalikan semula, iaitu atas pertuduhan bersubahat membunuh dan didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.
Tiong bagaimanapun sehingga kini masih lagi tidak dapat dikesan, sehubungan itu keluarga mangsa menawarkan ganjaran wang tunai RM50,000 kepada orang ramai yang berjaya menemuinya.
Ling yang diwakili peguam Roger Chin dan Lim Heng Choo memohon mahkamah membenarkan anak guamnya dipindahkan ke Penjara Kuching dari Penjara Sibu, sementara menunggu rayuannya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2017
Ling Hang Tsyr, 36, (menekup muka) dibawa keluar dari mahkamah pada Mei lalu. - Gambar fail Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Hakim Tengku Maimum mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59, yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.
Tikam rakan kerana dadah, sumbat mayat dalam peti ais
Nicholas McGee didapati bersalah atas tuduhan membunuh, merompak, menyembunyikan mayat dan bahan bukti.
Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia
Keputusan itu diperolehi setelah mendengar keterangan saksi dan membaca hujahan kedua-dua pihak.
Dua bersaudara dituduh bunuh lelaki
Dua bersaudara dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung atas tuduhan membunuh seorang lelaki.
Lelaki warga emas direman seminggu, bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar
Suspek direman sehingga 12 Mac depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berebut harta, suami isteri mati dibunuh
Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis, Manjung pada Selasa.
Empat rakan sekerja didakwa bunuh pekerja kelab malam
Empat rakan sekerja didakwa membunuh seorang pekerja kelab malam di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
21 Mac tarikh baru sebutan semula kes polis langgar mati pelajar
Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan dokumen bagi perbicaraan, mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
Bekas posmen didakwa bunuh Bella
Lelaki berkenaan didakwa membunuh mangsa yang ketika kejadian berusia 32 tahun.