Isteri kepada tiga warga Turki yang ditahan polis dipercayai terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas, percaya suami mereka bukan pengganas dan terdapat salah faham yang membawa kepada penahanan suami mereka.
Menuntut pihak berkuasa melepaskan suami mereka, Ayse Gul Karaman, 38, isteri kepada Turgay Karaman berkata pihak polis tidak akan dapat mencari sebarang petunjuk yang mengaitkan suaminya dengan kegiatan pengganas kerana semuanya adalah salah faham.
"Beliau adalah penyayang...dia suka membantu dan penyabar. Bagaimana mereka boleh menuduh mereka (suami mereka) atas tuduhan yang tidak munasabah dan dahsyat ini seperti terbabit dalam pembunuhan," ajunya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Ayse berkata keluarganya telah menetap di Malaysia selama 15 tahun dan telah menganggap negara ini sebagai rumah mereka kerana semua anak mereka lahir di sini.
Beliau juga menegaskan keganasan adalah perkara terakhir yang akan dilakukan suaminya kerana ia adalah bertentangan dengan kepercayaan dan prinsipnya.
"Saya mahu polis membebaskan suami dan dua lagi yang lain dan saya mahu kerajaan Malaysia membantu kami," katanya.
Ditanya jika beliau khuatir Turgay akan dihantar pulang ke Turki, Ayse berkata tiada apa-apa yang dilakukan oleh mereka yang bertentangan dengan undang-undang negara ini dan kerajaan Malaysia tidak akan berbuat demikian.
Beliau menambah beliau pernah melihat suaminya sekali selepas ditahan, ketika polis datang ke rumahnya untuk mengambil pasport Turgay tetapi pasportnya disimpan oleh peguam mereka.
Ayse ditemani Hatice Ozcelik, 42, isteri kepada Ismet Ozcelik, 57, yang ditahan Khamis lepas.
Ozcelik ditahan dua hari selepas penahanan Turgay, 43, dan Ihsan Aslan, 37, pada Selasa.
Isteri Ihsan, Ainnurul Aisyah Yunos Ali Maricar melahirkan kebimbangan jika suaminya dihantar pulang tanpa perbicaraan yang adil di Malaysia.
"Jika terdapat sebarang bukti yang mengaitkan Ihsan atas apa-apa kesalahan yang mengancam keselamatan rakyat Malaysia, saya berharap demi tiga anak saya yang semuanya adalah rakyat Malaysia, termasuk seorang anak menghidap autisme, Ihsan tidak akan dihantar pulang," katanya.
Beliau menambah Ihsan harus diberi peluang untuk mempertahankan dirinya dalam perbicaraan yang adil di mahkamah Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengguna pakai program deradikalisasi ke atas tahanan warga asing yang dipercayai terlibat dengan gerakan ekstremis sebagai antara usaha untuk mengekang keganasan.
Beliau menegaskan untuk melaksanakan program itu ke atas warga asing, ia perlu mendapat kebenaran daripada negara terlibat terlebih dahulu dan program deradikalisasi itu lazimnya untuk warga Malaysia yang ditahan kerana terlibat dalam aktiviti berkaitan ekstremisme dan keganasan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2017
Menurut isteri kepada warga Turki yang ditahan, pihak polis tidak akan dapat mencari sebarang petunjuk yang mengaitkan suaminya dengan kegiatan pengganas kerana semuanya adalah salah faham. - Gambar fail
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Banyakkan program, tarik minat pelajar dalam bidang STEM - Wan Azizah
Pendedahan pelbagai program berasaskan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) perlu dilaksanakan secara berterusan.
Yen jatuh, pasaran berjaga-jaga awasi tindakan Jepun
Dolar meningkat setinggi 154.88 berbanding yen, paling tinggi direkod sejak 34 tahun.
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Skuad Waja perlu jadi mata dan telinga komuniti - Nancy
Keganasan terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia dan mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan.
12 terbunuh dalam letupan bom menjelang pilihan raya Pakistan
Pengeboman di bandar Pishin di wilayah Balochistan itu menyasarkan calon, sehari sebelum pilihan raya di Pakistan.
AS sekat empat pendatang Yahudi susulan keganasan di Tebing Barat
Amerika Syarikat (AS) kini melaksanakan sekatan terhadap empat pendatang Yahudi selepas mereka dituduh melakukan keganasan terhadap orang awam dan kemusnahan harta benda di Tebing Barat, lapor Agensi
Pilihan raya Bangladesh: Penyokong maut ditikam
Penyokong calon Liga Awami itu dikatakan ditikam oleh penyokong calon bebas dalam kejadian di Tengor, Mirkadim.
13 terbunuh dalam keganasan terbaharu di Manipur
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan antara dua kumpulan militan di negeri Manipur di timur laut India.
UECL: Tiga polis cedera dalam insiden keganasan sebelum perlawanan
Pelbagai objek dilontarkan kepada pihak polis oleh penyokong pasukan pelawat itu berhampiran Villa Park.
CENTHRA komited tingkat mekanisme banteras keganasan di Asia
Cabaran penting yang timbul semasa perbincangan ialah jurang dalam menangani pencabulan hak asasi manusia secara berkesan.
19 maut akibat keganasan berkaitan pilihan raya di Filipina
Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ramai lagi cedera akibat keganasan yang meletus semasa pilihan raya tempatan di Filipina.