Seorang isteri maut manakala suaminya kritikal akibat ditikam jiran sendiri di kawasan Kampung Sungai Terentang, Rawang pada Selasa.

Dalam kejadian pukul 6.40 pagi itu, Yap Choon Mooi, 41 tahun meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Selayang.

Manakala suaminya, Chong Yoke Wa, 61 tahun dilaporkan parah dan masih menerima rawatan di hospital yang sama.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Samsor Maarof dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengawal keselamatan sebuah klinik di Batu 16 memaklumkan kejadian tersebut.

Katanya, hasil siasatan mendapati pasangan suami isteri itu ditikam menggunakan sebilah pisau oleh seorang lelak yang juga jiran mereka.

Wanita itu cedera parah selepas ditikam oleh jirannya di dada.

Wanita berkenaan maut akibat tikaman di dada manakala suaminya mengalami kecederaan parah di perut.

Susulan itu, polis menahan suspek berusia 49 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.