Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu diberitahu bahawa isteri kepada pengurup wang, Omar Ali Abdullah, individu yang didakwa melakukan pengubahan wang haram bagi pihak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tidak tahu dari mana datangnya wang berjumlah RM4,559,036 juta di dalam akaun syarikatnya.
Pendedahan itu dibuat oleh Pengarah Ekares Sdn Bhd, Kamarunisah Ahmah Shah, 48, semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffry Ong pada hari ke-22 perbicaraan kes Ahmad Zahid yang berdepan 47 pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah jutaan ringgit.
Ketika ditanya bagaimana wang itu boleh berada di dalam akaun syarikat miliknya bersama seorang lagi pengarah iaitu Abdul Majid Mohd Yusof, Kamarunisah menjawab "Saya tidak tahu dari mana datangnya wang tersebut, suami (Omar Ali) yang uruskan, saya hanya tandatangan cek."
"Syarikat saya sekarang tidak menjalankan apa-apa aktiviti, hanya ikut arahan suami," katanya ketika ditanya Harris Ong mengenai status syarikat itu sekarang.
Terdahulu, ibu kepada empat anak itu berkata beliau hanya menandatangani cek kosong milik syarikatnya yang mana nama penerima dan amaun tidak dimasukkan.
"Saya hanya dimaklumkan oleh suami saya sekiranya ada menerima panggilan daripada bank, saya hanya perlu sahkan pembayaran daripada cek tersebut. Kepada siapa bayaran yang dibuat syarikat, bukan dalam kawalan saya.
"Saya juga mengesahkan yang saya ada bertanya kepada suami, ada ke duit dalam akaun syarikat untuk membuat bayaran sebanyak itu dan suami saya memaklumkan beliau telah memasukkan duit yang diterima ke dalam akaun syarikat," katanya ketika membacakan penyataan saksi.
Saksi pendakwaan ke-69 itu juga mengesahkan beliau tidak tahu kenapa pembayaran menerusi 16 cek berjumlah lebih RM4.5 juta dibuat kepada Tetuan Lewis & Co, pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik bekas timbalan perdana menteri itu, kerana urusan pembayaran tersebut diuruskan suaminya dan beliau hanya menandatangi cek-cek kosong sahaja.
Ketika ditanya apa hubungannya dengan Ahmad Zahid, saksi itu hanya mendiamkan diri hampir dua minit sebelum berkata "saya mahu rehat."
Reaksi wanita itu menyebabkan Harris Ong mengulangi soalannya beberapa kali sebelum Kamarunisah menjawab "Saya hanya mengenali Zahid sebagai ahli politik ... setiap tahun saya pergi ke rumahnya untuk perayaan Hari Raya di Kajang jika dijemput," katanya.
Terdahulu, saksi pendakwaan ke-65, Lee Fook Kheun, 69, yang merupakan penasihat HRA Teguh Sdn Bhd berkata syarikat itu membuat pinjaman berjumlah RM305,000 daripada Omar Ali dan membuat bayaran dengan cek atas nama Lewis & Co bernilai RM313,000.
"Saya sahkan Omar Ali yang mengarahkan kami di Syarikat HRA Teguh Sdn Bhd mengeluarkan cek ini atas nama Lewis & Co melalui telefon bimbit Omar Ali kepada nombor telefon saya sendiri.
"Wang tersebut dimasukkan kepada akaun bank Lewis & Co melalui banker's cheque pada 30 Jun 2016 bertujuan untuk pembayaran hutang syarikat HRA Sdn Bhd kepada Omar Ali," katanya ketika membaca penyataan saksi ketika pemeriksaan utama oleh Harris Ong.
Lee, yang mengenali Omar Ali semasa menukar mata wang asing di Plaza Sungei Wang pada 1986, berkata lelaki itu memberi pinjaman tersebut untuk projek Lebuh Raya Rakyat dari Machang dan Kuala Krai pada 2016.
Saksi itu berkata sebanyak RM88,000 daripada wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau melalui dua transaksi iaitu pada 23 dan 24 Jun 2016 manakala selebihnya diterima oleh syarikat menerusi tiga transaksi pada 23 Jun 2016.
Menjawab soalan tambahan mengapa bayaran balik pinjaman berjumlah RM313,000 Lee berkata lebihan sebanyak RM8,000 adalah caj perkhidmatan yang diberikan syarikat itu kepada Omar Ali.
Semasa disoal balas peguam Hamidi Mohd Noh sama ada Lee pernah bertanya kepada Omar Ali mengapa bayaran itu dibuat kepada Lewis & Co, saksi tersebut menjawab "Omar Ali beritahu Lewis & Co adalah firma guaman dan saya ikut arahannya, dan dia (Omar Ali) beritahu bayaran kepada Lewis & Co adalah untuk pelanggan lain."
Hamidi: Setuju tak dengan saya bahawa pembayaran balik pinjaman kepada Lewis & Co atas arahan Omar Ali tidak menyalahi undang-undang.
Lee: Saya tidak tahu, saya percayakan Omar Ali sebab dia kawan saya dan tujuan saya beri wang itu kerana dia telah beri pinjaman kepada kami dan kami bayar balik.
Mengikut pertuduhan bagi kes pengubahan wang haram ke-27, Ahmad Zahid didakwa telah mengarahkan Omar Ali untuk mengubah bagi pihak dirinya wang tunai berjumlah RM6,885,300.20 membabitkan 30 keping cek yang kemudian diserahkan kepada Tetuan Lewis & Co untuk tujuan pembelian Simpanan Tetap di Maybank, yang merupakan hasil aktiviti haram.
Ahmad Zahid berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, 12 pertuduhan pecah amanah membabitkan dana Yayasan Akalbudi dan lapan pertuduhan rasuah.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 17 2020
Ahmad Zahid hadir bagi perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 17 Jun, 2020. --fotoBERNAMA
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.