Kerajaan disarankan untuk segera menyelesaikan beberapa perkara termasuk meluluskan rang undang-undang Dana Politik dan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang menyumbang kepada skor negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
Menurut Presiden Transparency International Malaysia (TIM), Dr Muhammad Mohan, jika ditangguhkan lagi dikhuatiri akan memberi kesan kepada skor negara yang kini meningkat sebanyak 53 bagi tahun 2019 berbanding 47 pada tahun sebelumnya.
"Kita menegaskan kepada semua pihak di dalam negara, termasuk rakyat, penjawat awam dan swasta untuk bekerjasama memerangi rasuah sekali gus meningkatkan skor negara lebih tinggi berbanding 53 (tahun 2019). Jika kita tidak berbuat apa-apa pada tahun ini, dikhuatiri skor ini akan menurun.
"Dana politik ini berkait rapat dengan CPI, ia amat penting jika kerajaan dapat meluluskan rang undang-undang berkenaan perkara ini. Ada sesetengah parti politik mempunyai dana yang banyak, ada juga yang tiada dana, jadi jika perkara ini dapat diselesaikan akan memberi impak kepada skor CPI negara.
"Isu politik wang juga masih berlaku, kita lihat di pilihan raya kecil. Selain itu, rang undang-undang berkenaan IPCMC juga berkait dengan CPI, kerajaan dilihat menangguhkan perkara itu. Kita berharap dan menggesa kerajaan agar dapat menyelesaikan semua perkara ini pada tahun 2020, jangan tangguhkan lagi," kata Dr Muhamad
Rakyat berhak tahu
Mengulas mengenai inisiatif yang telah dijalankan kerajaan menerusi Pelan Anti Rasuah Kebangsaan 2019 - 2023, kerajaan ujarnya perlu mendedahkan setiap kejayaan yang dikecapi kepada rakyat.
"Kita berharap agar kerajaan dapat mendedahkan setiap kejayaan kepada rakyat, kerana ini adalah dokumen rakyat dan mereka berhak mengetahui sebarang kemajuan daripada 115 inisiatif ini.
"TIM juga menegaskan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tanpa rasa takut untuk menyiasat semula sebarang kes lampau yang mempunyai bukti," jelas Muhammad ketika mengadakan sidang media di Ibu Negara pada Khamis.
Malaysia mencatatkan peningkatan 10 anak tangga ke-51 bagi tahun 2019 berbanding 61 pada tahun 2018.
Ia selepas skor dicatatkan sebanyak 53 berbanding 47 pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Skor CPI ditentukan mengikut 13 tinjauan daripada pakar berdasarkan tahap persepsi rasuah dalam pelbagai sektor.
New Zealand dan Denmark masing-masing berada pada kedudukan pertama bagi CPI 2019 dengan skor 87, diikuti Finland (86), manakala tempat ketiga dikongsi Singapura, Sweden serta Switzerland (85).
Negara yang mengalami konflik peperangan seperti Somalia, Sudan, Syria, Yaman, Venezuela dan Afghanistan pula berada pada kedudukan 10 terendah dengan skor kurang daripada 20.
Fareez Azman
Thu Jan 23 2020
Dr Muhammad Mohan menegaskan kerajaan perlu menyelesaikan beberapa perkara dengan segera. - Astro AWANI
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Isu dana politik, IPCMC dan siasatan kes rasuah lampau perlu diselesai segera - TIM
Kerajaan disarankan untuk segera menyelesaikan beberapa perkara termasuk meluluskan rang undang-undang Dana Politik dan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)