Kementerian Sumber Manusia komited dalam mengatasi isu pengangguran khususnya membabitkan golongan belia di negara ini yang dilihat agak kritikal.
Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, isu tersebut antara cabaran besar yang perlu diatasi di bawah kementeriannya.
"Nasib golongan belia agak mencabar khususnya yang tidak mempunyai kerja dan belia yang tidak mempunyai kelayakan secukupnya untuk bekerja yang kita lihat agak kritikal dan beban yang akan dipikul ini amat tinggi," katanya ketika ditemui selepas selepas menghadiri Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Melawati, di sini pada Selasa.
BACA: Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong
BACA: Senarai barisan Kabinet Malaysia 2020
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan terhadap Presiden MIC, Tan Sri S. Vigneswaran kerana telah mencalonkan namanya sebagai menteri di peringkat Jemaah Menteri.
Selain itu beliau turut bertekad untuk membela nasib masyarakat India memandangkan hanya beliau merupakan wakil tunggal buat masyarakat itu yang akan menitik beratkan isu pendidikan, ekonomi, masalah sosial dan sebagainya.
Saravanan merupakan satu-satunya Ahli Parlimen MIC yang menyertai barisan kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hilmi Malik
Tue Mar 10 2020
Datuk Seri M Saravanan berkata isu pengangguran merupakan antara cabaran besar yang perlu diatasi. - Foto Astro AWANI/Hilmi Malik
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
Sonny Bill Williams antara 5,000 jemaah sertai Geng Subuh Macam Jumaat
Dianggarkan 90 peratus jemaah yang hadir adalah dalam kalangan belia.
Kadar sewa rendah premis perniagaan di Pulau Melaka kepada belia minat berniaga
Kerajaan negeri tawar kadar sewa premis perniagaan yang rendah kepada golongan belia di Melaka, untuk berniaga di Pulau Melaka.
Libatkan golongan belia dalam institusi keagamaan - Sultan Nazrin
Tenaga dinamik golongan belia perlu dimanfaatkan bagi tujuan membangunkan negara termasuk melibatkan golongan tersebut dalam institusi keagamaan.
Belia lakar masa depan persahabatan China-Vietnam - Presiden Xi
Xi Jinping berkata asas persahabatan China-Vietnam berakar dalam kalangan rakyat dan masa depan hubungan akrab akan dilakarkan oleh golongan muda.
Kerajaan terus komited bangunkan belia - TPM
Kerajaan Perpaduan terus komited memberi tumpuan khusus kepada golongan belia bukan sahaja di bandar tetapi menjangkau ke kawasan desa dan pendalaman di seluruh negara.
Kerajaan usaha sedaya upaya ringankan beban belia, mahasiswa - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan akan berusaha sedaya-upaya untuk meringankan beban rakyat khususnya golongan belia dan mahasiswa di negara ini.
Kerajaan mahu lebih ramai belia turut serta memimpin agenda kelestarian
Agenda Pembangunan Mampan memerlukan penglibatan dan usaha gigih serta menyeluruh dan inklusif daripada seluruh rakyat.
Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran satu kebimbangan - IDEAS
Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran menjadi satu kebimbangan utama yang dijejaskan lagi oleh impak akibat pandemik COVID-19.
Belia 'orang penting' dalam pembuatan dasar kerajaan - Hannah Yeoh
Belia di Malaysia kini lebih berani melibatkan diri dan menjadi "orang penting" dalam pembuatan dasar kerajaan, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Pemuda, Wanita MCA jelajah seluruh negara dekati belia
Pemuda dan Wanita MCA akan menjelajah ke seluruh pelosok negara untuk mendekati dan menarik minat golongan belia sebagai satu daripada proses rejuvenasi parti.