Tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) menunda tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 selama dua minggu ke 16 Mac ini tidak wajar dipertikaikan mana-mana pihak.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar dan Pembangunan Pelajaran) Datuk Seri Khairil Awang berkata sebaliknya, semua pihak perlu menghargai usaha KPM menjaga integriti dan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) berkaitan peperiksaan itu.
"Yang paling penting bagi saya bukan tarikh tetapi integriti keputusan yang akan dikeluarkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung tular di media sosial mengenai perubahan tarikh pengumuman keputusan SPM 2016 berikutan kerosakan mesin pemprosesan pembaca tanda optik dan kekangan kewangan membaik pulih mesin berkenaan.
Keadaan itu menyebabkan Lembaga Peperiksaan (LP) terpaksa menunda pengumuman analisis keputusan SPM 2016.
Berdasarkan surat pekeliling bertarikh 12 Feb yang ditandatangani Pengarah LP, Datin Nawal Salleh, pengumuman analisis keputusan SPM 2016 yang sepatutnya diadakan pada 2 Mac terpaksa ditunda kepada 16 Mac ini.
Terdahulu, Khairil melancarkan buku 'Siri Cinta Jawi' serta buku kumpulan puisi 'Tebaran Derita' dan 'Sinar Bintang Berdua' di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hadir sama Ketua Pengarah DBP Datuk Abdul Adzis Abas.
Dalam pada itu, Khairil berkata KPM kemungkinan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menggunakan logo kementerian tanpa kebenaran pada buku cetakan mereka.
"Isunya ada sesetengah buku ditularkan, dikatakan Kementerian Pendidikan punya dan dikatakan ada kekurangan dalam buku teks itu. Tetapi apabila siasatan dibuat, ia bukan buku kita, tetapi cetakan pihak swasta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2017
Tindakan KPM menunda tarikh pengumuman keputusan SPM 2016 selama dua minggu ke 16 Mac ini tidak wajar dipertikaikan mana-mana pihak. - Gambar hiasan
Polis tumpas sindiket bekal sistem rekod, kira wang kepada pusat panggilan
Polis menumpaskan sindiket membekalkan sistem rekod dan mengira wang kepada pusat panggilan bagi menjalankan penipuan dalam talian yang menumpukan kepada warga China.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Malaysia melahirkan kebimbangan dan kekecewaan susulan tindakan Amerika Syarikat menggunakan veto untuk menghalang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) daripada mengiktiraf Palestin sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) walaupun seruan jelas oleh majoriti ahli PBB.
Layanan dwi-standard bukti keseimbangan dunia semakin sukar dicapai
Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi UITM, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, perkara itu berlaku disebabkan pertembungan ideologi yang berbeza antara banyak negara.
Misi Break the Siege of Gaza: Tarikh akhir pelayaran tiga kapal akan dinilai semula - FFC
Tarikh akhir pelayaran tiga kapal terlibat yang dijadual pada 21 April ini hanya akan ditentukan berdasarkan situasi dan keadaan semasa.
Pembantu kedai nafi pecah amanah lebih RM200,000
Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Firdaus Abdullah aktif dalam memperjuangkan bahasa - Awang Sariyan
Aktif dalam gerakan persatuan mengangkat dan memperjuangkan bahasa, merupakan bukti kesungguhan Allahyarham Datuk Firdaus Abdullah yang begitu mencintai nilai dan keindahan kesusasteraan dan budaya.
Ruang berfikir, berkarya di negara ini perlu kebebasan lebih luas - PM Anwar
Ia kerana Malaysia merupakan sebuah negara merdeka dan bukannya dijajah sehingga ada sekatan atau rasa terkongkong untuk mana-mana pihak menghasilkan karya mereka.
[KOLUMNIS] Tendangan lencong? Gelecek luncur? Jom cakna istilah sukan bola sepak dalam Bahasa Melayu
Perlawanan bola sepak yang bertaraf antarabangsa seperti Piala Asia yang diikuti di seluruh dunia sepatutnya direbut dan dimanfaatkan oleh Malaysia untuk mengulasnya dalam bahasa Melayu sepenuhnya.
Kekangan bahasa masih jadi isu harian di agensi kerajaan
Pemerhatian di beberapa agensi kerajaan mendapati masalah penguasaan bahasa Melayu adalah isu sah yang bukan digembar-gemburkan.
Pulang semula surat jika tidak guna Bahasa Kebangsaan - PM Anwar
Perdana Menteri memberi peringatan kepada jabatan kerajaan agar tidak melayan sebarang surat yang diutus selain daripada Bahasa Kebangsaan.
SYOK Podcast terbitan Astro Radio terima Anugerah Citra Sahabat DBP 2023
SYOK Podcast terbitan Astro Radio, platform audio digital telah dipilih oleh DBP sebagai penerima Anugerah Citra Sahabat DBP 2023 dalam kategori sektor swasta, sempena Hari Inovasi DBP.
Pinda Akta DBP 1959 untuk perkasa peranan sebagai institusi bahasa
Akta sedia ada, tidak mempunyai hala tuju dan pengisian yang jelas terhadap fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Sastera Negara
Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan Anugerah Sastera Negara ke-15 kepada Datuk Rahman Shaari.
Indonesia akan tolak selagi Malaysia guna istilah 'Bahasa Melayu'
Indonesia akan sentiasa menolak selagi negara ini menggunakan istilah 'Bahasa Melayu' untuk diangkat sebagai bahasa rasmi kedua ASEAN.
Sarawak tidak akan pertimbang semula tukar gelaran KM kepada 'Premier'
Tegasnya, pindaan Perlembagaan Negeri Sarawak itu telah diluluskan dua pertiga Ahli Dewan Undangan Negeri.