Majlis Perundingan Muhibbah Pulau Pinang berharap kerajaan pusat memberi perhatian terhadap kebimbangan Majlis Raja-Raja Melayu berhubung isu perpaduan dan hubungan harmoni dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.
Pengerusinya Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang cenderung membawa isu perkauman yang tebal sehingga menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum.
"Kenyataan Majlis Raja-Raja merupakan satu kenyataan yang kita menjunjung tinggi dan kita sokong kerana kebelakangan ini masih ada puak-puak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mewujudkan suasana perkauman yang tebal kerana mereka ini ghairah berpolitik.
"Merela tidak mengambil kira asas kita mencapai kemerdekaan negara oleh pemimpin terdahulu menerusi kerjasama, kesepakatan dan perpaduan yang cukup kukuh. Kita berharap dengan adanya kenyataan rasmi oleh Majlis Raja-Raja ini kerajaan akan mengambil tindakan untuk membasmi perkauman yang tebal dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Semalam, Majlis Raja-Raja Melayu dalam kenyataan berkata Raja-raja Melayu memandang berat isu perpaduan dan hubungan harmoni dalam kalangan rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini.
Menurut kenyataan yang ditandatangani oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad itu rakyat wajib memahami dan menghormati prinsip-prinsip utama yang terkandung di dalam Perlembagaan Negara yang digubal berasaskan persefahaman bahawa negara ini adalah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai agama dan kaum.
Sehubungan itu, Mohd Yussof berkata pihaknya mencadangkan kerajaan mewujudkan semula Hari Perpaduan Negara, yang sebelum ini hanya disambut pada tahun 1971 dan 1972, dengan mengisytiharkan 8 Feb sebagai sambutan hari tersebut sebagai usaha menyemai semangat setiakawan, perpaduan dan keharmonian antara kaum di negara ini.
Beliau berkata pemilihan tarikh itu adalah kerana pada tarikh tersebut negara telah menandatangani perjanjian kemerdekaan persekutuan Tanah Melayu di London pada tahun 1956 selain ia merupakan tarikh ulang tahun kelahiran bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
"Pelbagai aktiviti boleh dijalankan pada sambutan Hari Perpaduan Negara ini seperti perarakan, seminar dan program-program yang dapat memupuk semangat patriotisme terutamanya dalam kalangan generasi muda," katanya.
Beliau berkata pihaknya telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung cadangan sambutan Hari Perpaduan Negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2017
Keghairahan berpolitik tidak seharusnya meminggirkan nilai perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum. - Gambar hiasan
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Manfaatkan media sosial ke arah kebaikan, elak isu perkauman - Fadillah
Rakyat Malaysia diseru memanfaatkan platform media sosial dengan berkongsi perkara membawa kebaikan dan bukan kepada isu perkauman.
Vinicius Junior menangis jawab isu penderaan perkauman
Penyerang sensasi Real Madrid, Vinicius Junior, menangis dalam sidang media selepas ditanya mengenai isu perkauman yang melibatkan dirinya.
Google matikan ciri jana imej manusia pada Gemini
Antara isu yang diutarakan ialah imej yang dijana tidak menepati sejarah dan didakwa menyentuh isu perkauman.
'Sekejap-sekejap disoal polis, macam saya ini penjenayah' - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau diperlakukan seperti penjenayah selepas 10 kali disoal siasat polis sejak beberapa tahun lepas.
AMK buat laporan polis terhadap Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis terhadap Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Azhar Yahya kerana mengeluarkan kenyataan berunsur 3R.
Jangan bangkit isu meruntuhkan perpaduan - Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan
Isu perkauman contohnya harus dielak daripada dijadikan bahan politik kerana perkara kepentingan kaum telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mufti Pulau Pinang khuatir ada pihak ambil kesempatan isu azan
Semua pihak dinasihatkan supaya tidak mudah terperangkap dengan sentimen agama dan perkauman sehingga mengeruhkan keharmonian dalam hubungan sesama masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Lebih 270 penunjuk perasaan ditahan di Perancis
Lebih 270 orang telah ditahan semasa rusuhan di Perancis pada Jumaat, kata Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin.
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama - TPM Zahid
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama.
Roslizal Razali telah ditahan - PDRM
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.