Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyarankan pengamal media untuk melaporkan sesuatu isu rasuah dengan penuh tanggungjawab bagi mendidik masyarakat, serta mendedahkan kepada mereka tentang bahayanya rasuah kepada negara.
Ketua Pesuruhjaya Latheefa Koya berkata media harus melaporkan secara bertanggungjawab setiap isu rasuah, menjelaskan kepada masyarakat maklumat sebenar, sehingga masyarakat benci dan jijik dengan rasuah.
"Pengamal media tidak boleh mudah terpengaruh dengan pihak-pihak berkepentingan dalam sesuatu isu sahaja.
"Pengamal media mesti mampu mengenali puak-puak yang mempergunakan media, demi kepentingan mereka semata-mata, dan bukan demi pembangunan bangsa dan negara.
"Misalnya, mereka yang menggunakan isu rasuah untuk mendapat kedudukan dan menggunakan isu rasuah sebagai senjata menjatuhkan pihak lain semata-mata demi kepentingan mereka," katanya dalam majlis Malam Apresiasi Media 2019, di sini pada Jumaat.
Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Azam Baki, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang, ketua pengarang serta pengamal media.
Latheefa berkata walaupun wujud kepelbagaian agenda yang dibawa setiap organisasi media, namun dalam isu rasuah, pengamal media haruslah bersatu dan senada.
"Jenayah rasuah tidak harus diberi ruang sama sekali untuk meracuni dan meruntuhkan pembangunan negara kita," katanya.
Beliau berkata media merupakan antara komponen pembangunan masyarakat yang amat penting bagi sesebuah negara membangun seperti Malaysia.
"Media memainkan peranan besar membawa wadah kesedaran sosial terhadap perkara-perkara yang berkisarkan kepada isu kepentingan, kebajikan serta keadilan masyarakat, secara keseluruhannya.
"Sebab itulah, tugas wartawan bukan sekadar melaporkan berita semata-mata, laporan itu mestilah mempunyai 'jiwa' yang berperanan membawa kesedaran dan mendidik masyarakat, terhadap sesuatu isu dan masalah sosial termasuklah isu rasuah," katanya.
Selain itu, Latheefa berkata media perlu membantu SPRM dalam menjayakan siasatan mereka dengan tidak melaporkan sesuatu kes, semasa masih dalam siasatan, sehingga mampu menjejaskan proses tersebut.
Beliau berkata komitmen yang ditunjukkan pengamal media secara tidak langsung menjadi pembakar semangat kepada warga SPRM, untuk terus melaksanakan tugas dan memikul amanah dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa secara habis-habisan.
"Secara peribadi, saya cukup kagum dengan hubungan akrab dan jalinan kerjasama ini, adalah menjadi harapan saya, agar hubungan baik sesama kita ini dapat kekal berpanjangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 01 2019
Latheefa berkata walaupun wujud kepelbagaian agenda yang dibawa setiap organisasi media, namun dalam isu rasuah, pengamal media haruslah bersatu dan senada. - Gambar fail/Astro AWANI
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
KBS komited jalin kerjasama dengan pihak berkuasa perangi rasuah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa komited menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa bagi memerangi isu rasuah atau perjudian dalam sukan.
Anwar tekad hentikan amalan rasuah yang membobrok tadbir urus kerajaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad untuk menghentikan amalan rasuah dan penyelewengan, yang menurutnya bagaikan sudah jadi sistemik sehingga membobrok tadbir urus kerajaan.
Jelaskan kepada rakyat jika wujud rasuah - Syed Saddiq
Syed Saddiq meminta supaya penjelasan diberikan kepada rakyat sekiranya isu tersebut benar-benar berlaku.
Komuniti perniagaan Indonesia terima baik komitmen Malaysia basmi rasuah, salah guna kuasa - PM
Komuniti perniagaan Indonesia menerima baik langkah Malaysia yang bersedia untuk membasmi masalah rasuah dan salah guna kuasa.
Pemimpin terpalit isu rasuah tidak layak jadi calon PRU15
Sebanyak 80 peratus daripada warga maya memilih untuk bersetuju dengan perkara itu, sementara 20 peratus lagi tidak bersetuju.
Bincang isu rasuah, SPRM sedia bertemu Anwar
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki bersedia untuk menerima dan bertemu dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu rasuah perlu dilapor dengan penuh tanggungjawab - Latheefa
SPRM menyarankan pengamal media untuk melaporkan sesuatu isu rasuah dengan penuh tanggungjawab bagi mendidik masyarakat, serta mendedahkan kepada mereka tentang bahayanya rasuah kepada negara.
Kita akan melangkah ke belakang kalau tidak tangani rasuah - Ezam
Isu rasuah dan salahguna kuasa jika tidak ditangani dengan bersungguh-sungguh akan menyebabkan kita akan melangkah ke belakang, kata Mohamed Ezam.
Parti baharu fokus kepada rasuah bukan PM Najib semata-mata - Ezam
Mohamed Ezam menjelaskan, di negara luar telah terbukti parti-parti kecil yang fokus kepada satu isu telah berjaya.
Rasuah: Blatter, Platini bakal berdepan penggantungan 90 hari
Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Sepp Blatter dan Presiden Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Michel Platini bakal berdepan penggantungan selama 90 hari.