Tutup

Isu Tok Batin 'diculik': Tiada laporan, tiadalah siasatan - Muhyiddin

Isu Tok Batin 'diculik': Tiada laporan, tiadalah siasatan - Muhyiddin
MUHYIDDIN: Kalau tiada bukti, siasatan tak boleh dilakukan.
JELAI: Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata siasatan tidak dapat dilakukan susulan dakwaan ada Tok Batin (Ketua Kampung) di kampung Orang Asli yang 'diculik' pihak tertentu.

Menurut Muhyiddin, ini disebabkan tiada sebarang laporan polis dibuat mengenainya.

"Dalam masa kempen ini macam-macam perkara boleh terjadi.

"Tapi kalau tak ada bukti dan tak ada asas atau pun tiada laporan dibuat ke pihak berkuasa seperti polis, maka siasatan tak boleh dilakukan, jadi kita tak tahu apa keadaan sebenar," katanya.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas dakwaan Pengerusi PKR Pahang, Fuziah Salleh bahawa ada Tok Batin di kampung Orang Asli sudah ‘diculik’ pihak tertentu.

Fuziah juga mendakwa ini telah menyukarkan Pakatan Harapan (PH) untuk turun berkempen di kawasan penempatan Orang Asli.


Tag: muhyiddin yassin, laporan polis, kampung orang asli, PRK, cameron highlands, politik, fuziah salleh



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.