Kereta Proton Iswara milik pemain bola sepak negara, N Thanabalan, yang dilaporkan hilang di Batu Caves pada jam 5 pagi kelmarin sudah ditemui.

Menurut pihak polis, kereta tersebut dijumpai di sebuah stesen minyak di Ampang, pada jam 3 pagi tadi, hasil maklumat orang awam.

"Pada masa ini, kita sedang mengumpulkan segala maklumat bagi menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti suspek." ujar Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, seperti dilaporkan BH Online.

Semalam, penyerang skuad B-23 negara itu merayu kepada peminat agar membantunya mencari keretanya yang hilang menerusi muat naik status di akaun Facebbooknya.

BACA: Bantulah cari kereta Thanabalan, hilang di Batu Caves