'It's nice to be nice' - Layanan baik penyokong Thailand jadi bualan 'ekor' Harimau Malaya

'It's nice to be nice' - Layanan baik penyokong Thailand jadi bualan 'ekor' Harimau Malaya
Tweet penyokong Malaysia. -Twitter @Aweeff
DI SEBALIK kejayaan Malaysia melangkah ke Final Piala AFF Suzuki selepas menewaskan Thailand, tular di media sosial mengenai layanan penyokong Thailand menerima kunjungan ekor Harimau Malaya di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Rabu.

Menerusi beberapa tweet beberapa penyokong Malaysia, mereka menyifatkan apa yang dilakukan oleh penyokong dan rakyat Thailand harus dibalas nanti jika mereka bertandang pula ke Malaysia.

"Dah berjam-jam fans Malaysia lepak tunggu nak masuk stadium ddengan cuaca yg panas terik. Datang fans Thailand, dia belanja air kat semua orang", tweet Cikgu @Aweeff.

"Harap lepas ni kalau ada games lain , dengan thai ke , Indo ke Myanmar ke tak kisah la mana-mana pun , kita layan mereka baik-baik juga", @fifiesyaffiqa


Tweet berkenaan turut mendapat respon pengikut twitter lain dan menyifatkan tindakan penyokong dan rakyat Thailand itu harus dipuji dan seharusnya menghormati antara satu sama lain.

Pada perlawanan separuh akhir kedua pada malam Rabu, Malaysia berjaya melangkah ke Final Piala AFF Suzuki selepas seri 2-2 menerusi peraturan 'away goal' atau gol di tempat lawan.

Lawan pasukan Harimau Malaya sama ada Vietnam atau Filipina pada 11 dan 15 Disember ini.

Kali terakhir Malaysia mara ke final ialah pada tahun 2014 namun tewas di tangan Thailand.


Tag: Thailand, media sosial, Malaysia, penyokong, layanan baik, Aweeff, stadium, belanja air, Harimau Malaya, Vietnam, Filipina


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.